Welcome to the Official Portal of the Ministry of International Trade and Industry, Malaysia
Language:
A A A red green blue Reset
  • Login
  • |
  • Sign up
  • |
  • Links
  • |
  • Contact Us
  • |
  • Site Map
  • |
  • Feedback
  • |
  • FAQ
MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY
  • About MITI
  • Promoting Trade
  • Transforming Industry
  • Guidelines
  • Corporate Info
  • Background
  • Vision and Mission
  • Management Profile
  • Organisation Chart
  • MITI Strategic Plan
  • MITI Code of Ethics
  • Client's Charter
  • Performance Report
  • Division
  • International Trade
  • Strategy and Monitoring
  • Industrial Development
  • Management Services
  • Internal Audit Office
  • Legal Advisor Office
  • Corporate Communications Unit
  • Branch
  • Agency
  • History
  • Policy
  • Statistics
  • Trade
  • Online and Manual Application Transaction for 2013
  • Contact Us
  • Staff Directory
  • Contact Details
  • Address
  • Online Form
  • Mini SPOC
  • Location
  • FAQ
  • Speeches
  • Latest
  • 2012 Archive
  • Press Release
  • Latest
  • 2012 archive
  • Newspapers Feedback
  • Publications
  • Industrial Master Plan
  • Malaysia International Trade and Industry Report
  • Malaysia and AFTA
  • MITI Weekly Bulletin (Volume 244) - 18 June 2013
  • Archive 2012
  • Events Listing
  • Lynas Info Pack
  • Announcement
  • AP
  • Others
  • Tenders & Quotations
  • Tender Advertisement
  • Quotation Advertisement
  • Tender Results
  • Quotation Results
  • WTO
  • Malaysia and the WTO
  • Agriculture
  • NAMA
  • Services
  • TRIPs
  • Environment
  • Trade Facilitation
  • Rules
  • Schedules of Commitments
  • Regional Trade Relations
  • ASEAN
  • APEC
  • ASEAN
  • AFTA
  • Services
  • Initiatives
  • ASEAN - Japan
  • ASEAN - India
  • ASEAN - China
  • ASEAN - EU
  • ASEAN - Korea
  • ASEAN Australia/NewZealand
  • Statistics
  • APEC
  • APEC Outcomes
  • Trade and Investment Initiatives
  • Capacity Building/ ECOTECH
  • APEC Business Travel Card (ABTC)
  • APEC Business Advisory Council (ABAC)
  • APEC Media Statement
  • Free Trade Agreement
  • Feedback
  • FTA - FAQ
  • AFTA
  • Malaysia - European Union
  • Malaysia - Turkey
  • Malaysia - Pakistan
  • Malaysia - New Zealand
  • Malaysia - Chile
  • Malaysia - India
  • Malaysia - Australia
  • Malaysia - Japan
  • D - 8 PTA
  • TPS - OIC
  • ASEAN - EU
  • ASEAN - Japan
  • ASEAN - Australia/New Zealand
  • ASEAN - Korea
  • ASEAN - China
  • ASEAN - India
  • Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP)
  • FTA Pocket Talk
  • Investment Guarantee Agreements (IGAs)
  • Trade Remedies
  • Anti-Dumping and Countervailing Measure
  • Safeguards Measure
  • Third Industrial Master Plan (IMP3)
  • Wood-Based
  • Rubber Products
  • Industry Development
  • Services
  • Manufacturing
  • Manufacturing
  • Petrochemical Industry
  • Automotive Industry
  • Wood-Based
  • Textiles & Apparel
  • Rubber Products
  • Machinery & Equipment Industries
  • Electrical & Electronics Industry
  • MPCEPA
  • Rules of Origin (ROO)
  • Lists of Promoted Activities & Products
  • Troubleshoot & Contact Person
  • Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO)
  • Halal Hub
  • ICT Security Policy
  • Approved Permit (AP)
  • GSP
  • Product Coverage
  • List of Country
  • Rules of Origin
  • Export Helpdesk
  • ATIGA
  • ATIGA Agreement
  • Product Specific Rules (PSR)
  • Rules of Origin (ROO)
  • AHTN
  • ACFTA
  • Product Specific Rules (PSR)
  • Rules of Origin (ROO)
  • AKFTA
  • Product Specific Rules (PSR)
  • Rules of Origin (ROO)
  • MJEPA
  • Rules of Origin (ROO)
  • AJCEP
  • Product Specific Rules (PSR)
  • Rules of Origin (ROO)
  • AIFTA
  • Rules of Origin (ROO)
  • AANZFTA
  • Rules of Origin (ROO)
  • MNZFTA
  • Sample of MNZFTA Form
  • Product Specific Rules (PSR)
  • Rules of Origin (ROO)
  • MICECA
  • Electronic Preferential Certificate of Origin (e-PCO) and electronic Permit (e-Permit)
  • Troubleshoot & Contact Person
  • Import and Sales Vehicle
  • MoU
  • ASEAN Self Certification Pilot Project
  • Process Flow of Export, Import and Transshipment
  • Strategic Trade Act 2010 (STA)
  • Others

Home > Dokumen 19 : Proses Kerja Mengenai Tindakan Anti Lambakan

Dokumen 19 : Proses Kerja Mengenai Tindakan Anti Lambakan

Dokumen 19 : Proses Kerja Mengenai Tindakan Anti Lambakan
26 Sep 2008 07:38 AM


Dikemaskini pada Jumaat, Januari 18, 2008

PENGENALAN

  1. Langkah-langkah memulakan dan mengenakan tindakan anti-lambakan ke atas industri/pengeluar di negara asing yang didapati melambakkan barangan di Malaysia dan menyebabkan kemudaratan kepada industri tempatan.

  2. Khidmat nasihat kepada pihak industri/pengeluar tempatan yang dikenakan tindakan anti-lambakan oleh Kerajaan negara asing.


UNDANG-UNDANG BERKAITAN

  1. Pelaksanaan tindakan anti-lambakan adalah berdasarkan Akta dan Peraturan berikut:

    i) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.

    ii) Peraturan-peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

  2. Pihak industri/pengeluar tempatan yang ingin tindakan anti lambakan dikenakan ke atas industri/pengeluar di negara asing atau pihak industri/pengeluar tempatan yang dikenakan tindakan anti lambakan oleh negara asing boleh mendapat khidmat nasihat dari:

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),
    Bahagian Amalan Perdagangan,
    Tingkat 12, Blok 10,
    Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta,
    50622 Kuala Lumpur.
    Tel : 03-6203 3053
    Faks : 03-6201 9920
    Laman Web
    www.miti.gov.my

 

 

PROSES KERJA

  1. Tindakan Anti-Lambakan Ke atas Industri/Pengeluar Di Negara Asing.

    Fasa 1 : Permulaan (Initiation Stage)

    i) Petisyen diterima dari pihak industri/pengeluar tempatan untuk tindakan anti lambakan.

    ii) Notis diberi kepada Kerajaan negara asing memaklumkan mengenai petisyen yang dikemukakan oleh pihak industri/pengeluar tempatan untuk tindakan anti-lambakan terhadap industri/pengeluar di negara asing berkenaan.

    iii) Petisyen dikaji untuk menentukan samada ianya memenuhi syarat.

    iv) Jika petisyen tidak memenuhi syarat, ianya akan ditolak dan Kerajaan negara asing serta industri/pengeluar tempatan akan dimaklumkan mengenai penolakan ini.

    v) Jika memenuhi syarat:

    • Notis Permulaan Penyiasatan dikeluarkan kepada semua pihak berkepentingan (pihak industri/pengeluar tempatan, pengimport tempatan, Kerajaan negara asing, pihak industri/pengeluar di negara asing dan lain-lain pihak).
    • Notis diwartakan dan disiarkan di akhbar.
    • Borang soal selidik dan salinan petisyen (naskah tidak sulit) diberikan kepada industri/ pengeluar tempatan, pengimport tempatan dan industri/pengeluar negara asing untuk mendapatkan maklumat harga jualan dan faktor-faktor kemudaratan.

    Fasa 2 : Penentuan Awal (Preliminary Stage)

    i) Maklumat mengenai lambakan, kemudaratan dan hubungkait di antara lambakan dan kemudaratan kepada industri tempatan dianalisis.

    ii) Lawatan tentusah (verification visit) ke pengimport dan industri/pengeluar tempatan dilakukan.

    iii) Jika hasil siasatan didapati tiada lambakan atau tiada kemudaratan atau tiada hubungkait di antara lambakan dan kemudaratan (negatif):

    • Notis Penentuan Awal diberikan kepada semua pihak berkepentingan.
    • Duti anti-lambakan sementara (provisional duty) tidak dikenakan.
    • Penyiasatan diteruskan atau ditamatkan.

    iv) Jika didapati ada lambakan dan industri tempatan mengalami kemudaratan disebabkan oleh lambakan (afirmatif):

    • Laporan dibuat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
    • Laporan dibuat kepada Menteri Kewangan.
    • Notis Penentuan Awal dan laporan penyiasatan diberikan kepada semua pihak berkepentingan (pihak industri/pengeluar tempatan, pengimport tempatan, Kerajaan negara asing, pihak industri/pengeluar di negara asing dan lain-lain pihak).
    • Duti anti-lambakan sementara (provisional duty) dikenakan.
    • Notis diwartakan dan disiarkan di akhbar.
    • Penyiasatan diteruskan.

    Fasa 3 : Penentuan Muktamad (Final Stage)

    i) Lawatan tentusah (verification visit) ke industri/ pengeluar di negara asing dilakukan untuk memastikan kesahihan maklumat.

    ii) Notis Mengenai Fakta Penting (Notice of Essential Facts) beserta laporannya diberikan kepada semua pihak berkepentingan (pihak industri/ pengeluar tempatan, pengimport tempatan, Kerajaan negara asing, pihak industri/ pengeluar di negara asing dan lain-lain pihak) untuk mendapatkan maklumbalas mereka.

    iii) Maklumbalas berkaitan diambil kira dalam laporan penentuan muktamad.

    iv) Jika hasil siasatan didapati negatif:

    • Laporan dibuat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
    • Pihak industri/pengeluar tempatan dimaklumkan mengenai hasil siasatan.
    • Duti anti-lambakan tidak dikenakan.
    • Notis Penentuan Muktamad dan laporannya diberikan kepada semua pihak berkepentingan (pihak industri/pengeluar tempatan, pengimport tempatan, Kerajaan negara asing, pihak industri/pengeluar di negara asing dan lain-lain pihak).

    v) Jika hasil siasatan didapati afirmatif:

    • Laporan dibuat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
    • Laporan dibuat kepada Menteri Kewangan.
    • Notis diwartakan dan disiarkan di akhbar.
    • Duti anti-lambakan dikenakan.
    • Notis Penentuan Muktamad dan laporannya diberikan kepada semua pihak berkepentingan (pihak industri/pengeluar tempatan, pengimport tempatan, Kerajaan negara asing, pihak industri/pengeluar di negara asing dan lain-lain pihak).

     

  2. Khidmat Nasihat Kepada Industri/Pengeluar Tempatan Yang Dikenakan Tindakan Anti-Lambakan Oleh Kerajaan Negara Asing.

    i) Notis diterima daripada Kerajaan negara asing yang mengambil tindakan anti-lambakan.

    ii) Pihak industri/pengeluar tempatan dikenalpasti dan diberitahu mengenai siasatan anti-lambakan terhadap mereka.

    iii) Notis Permulaan Penyiasatan oleh Kerajaan negara asing diterima. Salinan petisyen (naskah tidak sulit) dan soalselidik diberikan kepada industri/pengeluar tempatan yang berkaitan.

    iv) Petisyen dikaji dan perjumpaan dengan industri/pengeluar tempatan berkaitan diadakan untuk menjelaskan hak mereka dalam penyiasatan anti-lambakan di bawah perjanjian WTO dan mereka dibantu dalam penyediaan jawapan kepada soalselidik.

    v) Pihak industri/pengeluar tempatan menerima Notis pengenaan duti anti-lambakan sementara (provisional duty) dari Kerajaan negara asing.

    vi) Duti anti-lambakan sementara (provisional duty) dikaji. Perjumpaan dengan industri/pengeluar tempatan diadakan untuk memberi khidmat nasihat.

    vii) Notis Mengenai Fakta Penting (Notice of Essential Facts) dan laporan pengenaan duti anti-lambakan diterima dari Kerajaan negara asing. Notis dan laporannya dikemukakan kepada industri/ pengeluar tempatan.

    viii) Notis Mengenai Fakta Penting serta laporannya dikaji. Perjumpaan dengan pengeluar tempatan diadakan untuk memberi khidmat nasihat.

    ix) Notis Penentuan Muktamad (Notice of Final Determination) dan laporan penentuan muktamad diterima dan disampaikan kepada industri/ pengeluar tempatan.

    x) Laporan penentuan muktamad dikaji dan perjumpaan dengan pengeluar tempatan berkaitan diadakan.

    xi) Jika tindakan anti-lambakan konsisten dengan Perjanjian Anti-Lambakan WTO, tiada tindakan susulan.

    xii) Jika tindakan anti-lambakan tidak konsisten dengan Perjanjian Anti-Lambakan WTO, ianya dibawa ke Badan Penyelesaian Pertikaian WTO untuk tindakan.

 

JANGKAMASA BAGI PENYIASATAN

  1. Keputusan untuk memulakan penyiasatan awal dibuat dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh penerimaan petisyen.
  2. Penentuan awal dan penyiasatan muktamad dibuat dalam tempoh masa 120 hari dari tarikh permulaan penyiasatan dan jika perlu, boleh dilanjutkan selama 30 hari lagi.
  3. Penentuan muktamad dibuat dalam tempoh masa 120 hari dari tarikh penentuan awal dan jika perlu, boleh dilanjutkan selama 30 hari lagi. 

CARTA ALIRAN KERJA 



Printable Version | Email to a Friend | PDF Version

Highlights
  • Services Sector
  • MITI Bulletin
  • Malaysia FTA
  • Approved Permit 
  • STA 2010
  • Lynas Info Pack

MITI Malaysia

on Facebook

Blog @ Miti
MITI AGENCIES MITI AGENCIES
RELATED LINKS

 

                                                      
Others
  • INSKEN
  • Industry Excellence Award
  • E-Rating
  • Resource Centre Online
  • Staff Directory
  • Tender & Quotation
  • MS ISO 9001:2008
  • E-Sudut QE        
  • Media Gallery
  • MITI FAQ
  • Portal Services        
       
 
MITI Staff
  • Rewards Programme
  • Borang Cadangan Inovasi
  • Borang Khidmat Pengurusan
  • Pelan Integrasi Organisasi
  • MITI Code of Ethics
  • Majlis Bersama Jabatan
  • Reference
 

Hits

Last Update: 18 June 2013.

Block 10, Government Offices Complex, Jalan Duta, 50622 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-8000 8000
Fax: 603-6201 2337
Email:webmiti@miti.gov.my
Location Map

 
  • Security Policy
  • |
  • Privacy Policy
  • |
  • Terms & Conditions
  • |
  • Disclaimer
  • |
  • RSS Feed

Copyright @ 2012 Ministry of International Trade and Industry. All Rights Reserved.
Best viewed using Internet Explorer 8.0 and above with resolution 1280 x 800