Versi Bahasa Melayu sahaja.

29 Mei 2009 adalah tarikh bermakna dalam sejarah MITI apabila dianugerahkan sijil Persekitaran Berkualiti(QE) melalui Amalan 5S. Lebih membanggakan adalah apabila MITI diiktiraf sebagai kementerian pertama di Malaysia yang ditauliahkan dengan persijilan ini.

Kejayaan ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan semangat yang padu daripada semua warga MITI.

Semua peringkat sama ada pengurusan tertinggi mahu pun kakitangan sokongan berganding tenaga ke arah pentauliahan persijilan Amalan 5S ini.

Amalan 5S juga diakui dapat memberikan pelbagai impak terutamanya peningkatan kualiti kerja serta kehidupan. Penjimatan kos seperti kos operasi dan ruang juga telah membuktikan kebaikan amalan ini.

 

Menyedari hakikat ini, MITI sentiasa berusaha mempraktikkan Sistem Persekitaran Berkualiti ini memandangkan amalan 5S sememangnya telah membawa kepada peningkatan keberkesanan operasi dan keyakinan pelanggan terhadap MITI secara amnya.


Oleh itu, melalui Audit Pemantauan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah dilaksanakan pada bulan Mei 2011, MITI sekali lagi telah layak dipersijilkan Sijil Sistem Persekitaran Berkualiti melalui Amalan 5S untuk tahun keempat mulai 17 Mei 2012 hingga 16 Mei 2013.