Home > Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
| Majlis Bersama Jabatan (MBJ) |
07 Sep 2012 06:59 PM
| Versi Bahasa Melayu sahaja. |
|
Apa itu MBJ? |
|
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi. |
|
Penubuhan MBJ |
|
Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan. |
|
Bidang dan Fungsi |
|
Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. MBJ berfungsi sebagai tempat menyalurkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pegawai dan kakitangan MITI berkaitan persekitaran kerja melalui wakil-wakil yang dilantik dari setiap kumpulan untuk disampaikan kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif. |
|
Objektif MBJ |
|
|
Faedah MBJ |
|
Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan. |


























MITI Malaysia
on Facebook