Home > ASEAN-Korea

ASEAN-Korea

  FTA-FAQ
  Malaysia - Kesatuan Eropah
  Malaysia-Turkey
  Malaysia-Pakistan
  Malaysia-Chile
  Malaysia-New Zealand
  Malaysia-India
  Malaysia-Australia
  Malaysia-Japan
  D-8 PTA
  TPS-OIC
  ASEAN-EU
  ASEAN-Jepun
  ASEAN-Australia/New Zealand
  ASEAN-Korea
  ASEAN-China
  ASEAN-India
  Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP)
ASEAN-Korea

Latarbelakang

  • Mesyuarat Kemuncak ASEAN-Korea yang berlangsung pada 8 Oktober 2003 meminta Menteri-menteri untuk membincangkan kemungkinan melaksanakan “Perjanjian Rangkakerja Kerjasama Ekonomi antara ASEAN dan Korea’” ke arah pewujudan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA).

  • Dalam Mesyuarat Kemuncak ASEAN Ke-8 yang telah diadakan pada 29 November 2004, Ketua-ketua Negara telah menandatangani “Perjanjian Deklarasi Bersama dalam Perkongsian Kerjasama ASEAN-ROK” (ASEAN-ROK Joint Declaration on Comprehensive Cooperation Partnership  Agreement). Melalui Deklarasi Bersama ini, Ketua-ketua Negara telah bersetuju dengan:

    • Cadangan penubuhan “Kumpulan Pakar-pakar ASEAN-ROK” (ASEAN-ROK Experts Groups –AKEG) dalam kaedah untuk meluaskan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan meliberalisasi dan menyatukan pasaran;

    • Pembentukan “Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-ROK” (ASEAN-ROK Free Trade Area-AKFTA)

    • Melaksanakan rundingan AKFTA pada awal tahun 2005 dengan matlamat untuk mempunyai 80% produk sifar-tarif (zero tarrif) seawal tahun 2009, dan pertimbangan mengenai layanan istimewa dan berbeza dan keanjalan tambahan bagi negara-negara ahli ASEAN yang baru.

  • “Rangkakerja Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan Korea” ( The Framework Agreement on Comprehensive Economic Cooperation) telah ditandatangani oleh Ketua-ketua Negara di Mesyuarat Kemuncak ASEAN-Korea pada 13 Disember 2005 di Kuala Lumpur, Malaysia dan kemudiannya dikuatkuasakan pada 1 Julai 2006.

    (Click here to view full text of the agreement)

  • Sewaktu Mesyuarat Kemuncak ASEAN-Korea pada 13 Disember 2005, Menteri-menteri Ekonomi ASEAN dan Korea telah menandatangani:

    • Perjanjian Mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan antara ASEAN-Korea (the Agreement on Dispute Settlement Mechanism).
      (Click here to view full text of the agreement)

  • Pada 26 Ogos 2006 di Kuala Lumpur, Menteri-menteri Ekonomi ASEAN dan Korea, dengan pengecualian Thailand, telah menandatangani:

    • Perjanjian Perdagangan Barangan (Agreement on Trade in Goods) dalam Rangkakerja Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan Korea.
      (Click here to view full text of the agreement)

 

Skop/Lingkungan

  • Elemen utama dalam Rangkakerja Perjanjian termasuklah:
    • Pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Korea (AKFTA)

  • Kawasan Perdagangan Bebas untuk Perdagangan Barangan akan direalisasikan pada tahun 2012 oleh ASEAN-6, 2018 untuk Vietnam, 2020 untuk Cambodia, Lao PDR dan Myanmar; dan

  • FTA untuk Perdagangan Perkhidmatan dan Pelaburan (Trade in Services and Invesment) akan dilaksanakan dalam satu jangka masa untuk dipersetujui bersama antara ASEAN dan Korea; dan:
    • Kerjasama dalam bidang:
      • Prosedur Kastam (Customs procedures);
      • Promosi Perdagangan dan Pelaburan (Trade and Invesment Promotion);
      • Industri Kecil dan Sederhana (Small and Medium Enterprises);
      • Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan (Human Resource Management and Development);
      • Pelancongan (Tourism);
      • Sains dan Teknologi (Science and Technology);
      • Perkhidmatan Kewangan (Financial Services)
      • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology);
      • Pertanian, Perikanan, Haiwan Ternakan, Komoditi Perladangan dan Perhutanan (Agriculture, Fisheries, Livestock, Plantation Commodities and Forestry);
      • Harta Intelek (Intellectual Property);
      • Industri berasaskan Alam Sekitar (Environmental Industry)
      • Penyiaran (Broadcasting)
      •   Teknologi Pembinaan (Construction Technology);
      • Penilaian Standards dan Persesuaian, kaedah Sanitari dan Phytosanitari (Standards and Conformity Assessment and Sanitary and Phytosanitary Measures);
      • Perlombongan (Mining);
      • Tenaga (Energy);
      • Sumber Alam Semulajadi (Natural Resources);
      • Pembinaan Kapal dan Pengangkutan Maritim (Shipbuilding and Maritime Transport);
      • Filem (film).

 

Status

Kawasan Perdagangan Bebas untuk Perdagangan Barangan (FTA for Trade in Goods):

  • Peruntukan utama yang terdapat dalam Perjanjian termasuklah:
    • Modaliti untuk pengurangan tarif
    • Rules of origin
    • Pengubahsuaian dalam tolak ansur (konsesi)
    • Penyingkiran halangan bukan-tarif; dan
    • Kaedah perlindungan, termasuklah Imbangan Pembayaran.
    • Peringkat pertama pengurangan tarif/penyingkiran bermula pada 1 Jun 2007.
    • Modaliti untuk pengurangan tarif untuk barangan dipersetujui oleh ASEAN dan Korea adalah:

 

Trek Biasa

  • Korea akan menyingkirkan tarif sekurang-kurangnya pada kadar 70% dalam barangannya yang disenaraikan dalam Normal Track berdasarkan kepada penguatkuasaan perjanjian, i.e., 1 Jun 2007. Semua tarif untuk barangan yang tersenarai dalam Normal Track akan dilupuskan mulai 1 Januari 2010;

  • Bagi ASEAN-6, tarif-tarif akan dilupuskan melalui empat fasa bermula pada Julai 2006 dan akan berakhir pada 2012;

  • Kadar tarif bagi sekurang-kurangnya 50% daripada produk yang disenaraikan dalam Normal Track akan dikurangkan kepada antara 0-5% mulai 1 Januari 2007;

  • Kadar tarif bagi sekurang-kurangnya 90% daripada produk  yang disenaraikan dalam Normal Track akan dilupuskan mulai 1 Januari 2009;

  • Semua tarif bagi produk yang disenaraikan dalam Normal Track akan dilupuskan mulai 1 Januari 2010, dengan keanjalan untuk melupuskan maksimum 5% daripada barangan yang tersenarai dalam Normal Track mulai 1 Januari 2012; dan

  • Semua tarif bagi produk yang tersenarai dalam Normal Track akan dilupuskan mulai 1 Januari 2012;

  • Vietnam diberikan tambahan 6 tahun sementara Cambodia, Lao PDR dan Myanmar diberikan 8 tahun tambahan.

Trek Sensitif

  • Maximum ceiling (had rasmi atas maksimum) bagi Trek Sensitif ialah 10 peratus daripada semua garis tarif dan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan import berdasarkan kepada statistik perdagangan tahun 2004;

  • Produk dalam Trek Sensitif dibahagikan kepada Senarai Sensitif (SL) dan Senarai Amat Sensitif (HSL);

  • HSL dihadkan kepada 200 garis tarif pada HS-6 digit level atau 3 peratus daripada keseluruhan garis tarif dan 3 peratus daripada jumlah keseluruhan import.

  • Duti bagi barangan di bawah SL akan dikurangkan kepada 20 peratus mulai 1 Januari 2012 dan diikuti 0-5 peratus mulai 1 Januari 2016.

  • Produk-produk di bawah HSL adalah bergantung kepada 5 kaedah pengurangan kadar tarif:
    • Kadar tarif akan dikurangkan kepada 50% mulai 1 Januari 2016;
    • tarif akan dikurangkan kepada 20% mulai 1 Januari 2016;
    • tarif akan dikurangkan kepada 50% mulai 1 Januari 2016;
    • Produk-produk adalah tertakluk kepada Kuota Kadar Tarif (Tariff Rate Quotas -TRQs); dan
    • Produk-produk adalah bebas daripada pengurangan kadar tarif. Maksimum 40 garis tarif pada tahap 6 digit boleh dimasukkan ke dalam kategori ini.

  • Senarai produk-produk yang ditawarkan di bawah konsesi tarif Malaysia dan Korea, dan maklumat lain yang berkaitan dengan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Korea (AKFTA) boleh diperolehi dalam ASEAN-Korea Free Trade Area.

Perdagangan dalam Perjanjian Perkhidmatan (Trade in Services Agreement)

  • Perundingan untuk Perdagangan dalam Perjanjian Perkhidmatan telah dimuktamadkan pada bulan Oktober 2007. Perdagangan dalam Perjanjian Perkhidmatan ASEAN-Korea (ASEAN-Korea Trade in Services Agreement) telah ditandatangani oleh Menteri-menteri Ekonomi dan Korea pada Mesyuarat Kemuncak ASEAN-Korea pada 21 November 2007.

  • Skop yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada komitmen di bawah:
    1. WTO Doha Round; dan
    2. Sektor yang terpilih di bawah Pakej Keempat Rangkakerja Perjanjian Perkhidmatan (Fourth Package of ASEAN Framework Agreement on Services-AFAS) seperti:
      • Perkhidmatan perniagaan;
      • Perkhidmatan yang berkaitan dengan komputer;
      • Perkhidmatan telekomunikasi;
      • Pembinaan;
      •   Perkhidmatan pengagihan;
      • Perkhidmatan pendidikan;
      • Perkhidmatan alam sekitar;
      • Perkhidmatan kewangan;
      • Pelancongan dan perkhidmatan yang berkaitan; dan
      • Perkhidmatan pengangkutan.

  • Malaysia dijangkakan untuk menjana pengaruh yang berkaitan dengan pasaran perkhidmatan Korea. Iaitu dalam sektor yang berdaya-saing seperti pembinaan, kejuruteraan, perkhidmatan kewangan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

 

Perdagangan dalam Perjanjian Pelaburan (Trade in Investment Agreement)

  • Perundingan dalam Perjanjian Pelaburan masih lagi berlangsung dan disasarkan untuk dirumuskan pada tahun 2008.

 

Kerjasama Ekonomi (Economic Cooperation)

  • Enam projek telah diluluskan untuk tujuan pelaksanaan sewaktu Mesyuarat/rundingan AEM-Korea (AEM-Korea Consultations):

    • Program Latihan Eksekutif untuk Industri Kecil dan Sederhana ASEAN (Executive Training Programme for ASEAN SMEs);

    • Rangkaian Kerjasama Industri Kecil dan Sederhana Wanita ASEAN-Korea (ASEAN-Korea Women  SMEs Cooperation Network);

    •   Lawatan sambil belajar ke ROK dalam 4 bidang-bidang yang berkaitan dengan alam sekitar:
      • Pengurusan Pembuangan Bahan Pejal (Solid Waste Management);
      • Teknologi Bunyi Alam Sekitar dan Pengeluaran Bersih (Clean Production);
      • Biodiversiti; dan
      • Kesedaran mengenai Alam Sekitar dan Pendidikan;

    • Projek Kenderaan yang menggunakan Gas Asli (Natural Gas Vehicles);

    • Rundingan Pembinaan kapasiti Perjanjian Perdagangan Bebas untuk CLMV (FTA Negotiations Capacity Building for CLMV); dan

    • Bengkel Kerjasama untuk Kemudahan Perdagangan Perkhidmatan Penyiaran dalam Ekonomi Digital ASEAN-ROK (ASEAN-ROK Cooperation Workshop for the Facilitation of Trade of Broadcasting  Services in the Digital Economy).

  • Korea masih lagi dalam proses untuk mendapatkan dana bagi tujuan pelaksanaan projek-projek ini. Pilihan-pilihan juga adalah dipertimbangkan  untuk digunakan dalam Dana Kerjasama ASEAN-Korea (ASEAN-Korea Cooperation Fund).

  • Malaysia (SMIDEC) mempengerusikan Kumpulan Kerja Kerjasama Ekonomi (Working Group on Economic Cooperation). Kumpulan Kerja ini membuat pertemuan dua kali setahun.

Faedah-faedah

  • Perdagangan ASEAN dengan Republik Korea (ROK) telah meningkat dari RM60.80 billion pada tahun 1994 kepada RM153.5 billion pada tahun 2004. Untuk 2006, ASEAN dan ROK telah mencatatkan jumlah keseluruhan perdagangan RM168.1 billion. ROK, dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) per capita RM60,657 menggambarkan pasaran penting kepada eksport ASEAN.

  • Perdagangan Malaysia dengan ROK juga menunjukkan pertumbuhan yang ketara sejak 10 tahun kebelakangan. Perdagangan Malaysia dengan ROK meningkat daripada RM 16.3 billion pada tahun 1996 kepada RM47.2 billion pada tahun 2006.

  • Perjanjian Perdagangan Bebas antara ASEAN dan ROK juga akan memperkuat dan memperkukuhkan integrasi ekonomi dan membantu untuk membina kapasiti melalui perkongsian sumber dan kepakaran yang ada.

  • Perjanjian Perdagangan Bebas antara ASEAN-ROK juga dijangkakan untuk memudahkan aliran pelaburan ROK ke dalam ASEAN.

 

Dukumen berkaitan

List of Products offered for tariff reduction beginning 1 June 2007

Agreement on Trade in Goods under the Framework Agreement on Comprehensive Economic Cooperation between ASEAN and Korea

ASEAN-Korea Trade in Services Agreement

Schedule of specific commitments of Malaysia

Schedule of specific commitments of Korea

Blog @ Miti
MITI AGENCIES