Human Resource Management
05 Jun 2009 02:34 PM
Pengurusan Sumber Manusia
- Apakah Jenis Kemudahan Rawatan Perubatan Yang Layak Dinikmati Oleh Anggota Perkhidmatan Awam?
- Apakah Syarat-Syarat Kerja Yang Membolehkan Seseorang Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM)?
- Berapakah Kelayakan Cuti Sakit Dan Cuti Sakit Lanjutan Dalam Setahun Dan Siapakah Pihak Berkuasa Yang Boleh Meluluskannya?
- Adakah seorang Pegawai Lantikan Kontrak dibenarkan untuk menanggung kerja?
- Sekiranya seorang pegawai yang sedang menanggung kerja meninggalkan tugas yang ditanggung selama 14 hari atau lebih termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, adakah Elaun Penanggungan kerja layak dibayar kepada pegawai berkenaan?
- Pegawai yang sedang menanggung kerja adakah layak menerima Bayaran Lebih Masa?
- Apakah Jenis Kemudahan Rawatan Perubatan Yang Layak Dinikmati Oleh Anggota Perkhidmatan Awam?
Jawapan:
- Rawatan pesakit luar/dalam di hospital/klinik kerajaan termasuk hospital-hospital universiti;
- Rawatan- luar negeri yang diluluskan oleh Jemaah Pegawai bagi Rawatan Luar Negeri;
- Rawatan kepakaran di hospital swasta dalam negeri yang tidak terdapat di hospital kerajaan, yang diperaku oleh Lembaga Perubatan Hospital Kerajaan dan disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) serta diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
- Rawatan jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB);
- Rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri yang berdekatan dengan tempat kejadian kecemasan, bagi kes yang memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan diluluskan oleh Ketua Jabatan;
- Rawatan kemandulan (primary infertilitiy) di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diperakukan oleh pakar LPPKN dan diluluskan oleh Ketua Jabatan;
- Perbelanjaan perubatan bagi kemudahan yang diperakukan dan disahkan oleh pegawai perubatan hospital Kerajaan tidak dapat dibekal atau disediakan oleh hospital Kerajaan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan, yang meliputi -
- Permohonan perbelanjaan ubat;
- Permohonan perbelanjaan alat ortopedik/anggota palsu (artificial limbs);
- Permohonan perbelanjaan perkhidmatan perubatan (CT Scan, MRI); dan
- Permohonan perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang (Hemodialisis/CAPD)

- Apakah Syarat-Syarat Kerja Yang Membolehkan Seseorang Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM)?
Jawapan:
Syarat-syarat kerja tersebut ialah :
- Kerja-kerja kecemasan;
- Kerja-kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan;
- Kerja-kerja yang melebihi dari tugas biasanya; dan
- Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam masa terhad
- Berapakah Kelayakan Cuti Sakit Dan Cuti Sakit Lanjutan Dalam Setahun Dan Siapakah Pihak Berkuasa Yang Boleh Meluluskannya?
Jawapan:
Kelayakan dalam satu tahun (Januari hingga Disember) ialah:-
- Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Jabatan
- Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha
- Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Jabatan (dengan perakuan Lembaga Perubatan)
- Cuti Sakit Lanjutan (tanpa gaji dengan elaun bersamaan separuh gaji)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Jabatan (dengan perakuan Lembaga Perubatan)
- Adakah seorang Pegawai Lantikan Kontrak dibenarkan untuk menanggung kerja ?
Jawapan:
Boleh. Pegawai bermaksud semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh pihak berkuasa melantik secara Tetap, Sementara atau Kontrak.
- Sekiranya seorang pegawai yang sedang menanggung kerja meninggalkan tugas yang ditanggung selama 14 hari atau lebih termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, adakah Elaun Penanggungan kerja layak dibayar kepada pegawai berkenaan?
Jawapan:
Tidak Layak .
- Pegawai yang sedang menanggung kerja adakah layak menerima Bayaran Lebih Masa?
Jawapan:
Layak. Bayaran boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat.
MITI Malaysia
on Facebook