Prosedur dan Proses Aduan MITI
19 Mar 2012 10:33 AM
-
Apa yang boleh saya adu kepada MITI?
Semua aduan yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan MITI dan Agensi di bawah MITI yang dirasakan tidak adil dan tidak mengikut lunas undang - undang yang ditetapkan.
-
Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tiada / percuma
-
Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Boleh, dengan izin pengadu
-
Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?
Boleh, sekiranya aduan tersebut melibatkan kepentingan awam (whistleblower) seperti salahguna kuasa dan lain-lain
-
Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh MITI?
-
Aduan mengenai kelewatan / tindakan
-
Tindakan tidak adil
-
Kekurangan Kemudahan Perkhidmatan
-
Kelemahan Peraturan
-
Salah guna kuasa / penyelewangan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan
-
Salah laku warga MITI dan agensi
-
Kegagalan mengikut prosedur
-
Kegagalan penguatkuasaan
-
Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan
-
Bagaimana cara membuat aduan?
-
Hadir sendiri ke kaunter MITI / Agensi
-
Melalui telefon
-
Menulis surat
-
Faks
-
Laman web
-
Program – program MITI / Agensi
-
Apakah yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada MITI?
Maklumat peribadi pengadu seperti nama , alamat , no. telefon serta maklumat aduan yang lengkap.
-
Apakah yang berlaku kepada aduan saya?
-
MITI akan menghantar surat akuan terima (SAT) kepada pengadu
-
MITI akan menyiasat semua aduan yang dikemukakan
-
Maklumkan kepada pengadu status aduan mereka
-
Mesyuarat akan diadakan jika perlu
-
Hantar surat kepada pengadu (keputusan) / menghubungi terus
-
Berapa lama MITI membuat siasatan?
-
Mengikut Standard Operating Prosedur (SOP) MITI setiap aduan yang dikemukan mesti diselesaikan dalam tempoh masa kurang dari 15 hari bekerja
-
Bagaimanapun ia tertakluk kepada aduan yang dikemukan sekiranya aduan tersebut mudah ia segera diselesaikan dan jika aduan berkenaan rumit ia akan mengambil masa
-
Agensi di bawah MITI?
SME Bank, SME Corp, MATRADE, MIDA, HDC, MPC, MIDF
Carta Aliran Tatacara Pengurusan Aduan
MITI Malaysia
on Facebook