Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Kenyataan Akhbar : Mesyuarat Menteri-Menteri Trans-Pacific Partnership (TPP) Di Atlanta, Amerika Syarikat

  1. Mesyuarat Menteri-Menteri TPP akan diadakan pada 30 September-1 Oktober 2015 di Atlanta, Amerika Syarikat.  Ini merupakan mesyuarat kedua pada tahun ini di kalangan Menteri-Menteri negara-negara yang terlibat.

  2. Rundingan TPP telah berjalan lebih 5 tahun dan tujuan mesyuarat di Atlanta adalah untuk meneruskan rundingan mengenai isu-isu tertunggak. TPP adalah satu perjanjian perdagangan yang melibatkan 12 buah negara dan Malaysia terlibat dalam rundingan ini kerana perdagangan dan pelaburan adalah penting dalam ekonomi negara. 

  3. Saya ingin menjelaskan bahawa pendirian Malaysia dalam TPP adalah berdasarkan kepada Perlembagaan negara, dasar-dasar penting seperti Bumiputera dan PKS serta hak dan kepentingan  Kerajaan-Kerajaan Negeri.  Sekiranya perbincangan di Atlanta mencapai kemajuan dan kepentingan Malaysia terpelihara, teks perjanjian akan  dihebahkan kepada umum kira-kira sebulan selepas itu.  Kajian analisis kos faedah yang dibuat oleh ISIS dan PricewaterhouseCoopers (PwC) juga akan dikemaskini berdasarkan persetujuan yang telah dicapai. Hasil kajian ini akan didedahkan kepada umum.  Pada masa ini kajian belum lagi siap kerana rundingan masih lagi berjalan. 

  4. Draf perjanjian dan kajian ini akan dibentangkan kepada rakyat dan dibahaskan dalam Parlimen Malaysia.  Parlimen akan membuat keputusan sama ada akan menandatangani perjanjian ini atau tidak.  Saya tidak ke Atlanta untuk menandatangani perjanjian tetapi untuk memastikan kepentingan negara terpelihara dalam rundingan ini.   Ianya akan ditandatangani sekiranya rakyat Malaysia dan Parlimen  Malaysia berpuas hati bahawa TPP secara keseluruhannya memberi manfaat kepada Malaysia. 

  5. Kerajaan sedar bahawa TPP mempunyai kos dan faedah. Inilah sebabnya kenapa dibuat analisa kos dan faedah dan akan dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan. Saya ingin menyeru rakyat Malaysia supaya mengambil sikap terbuka dalam perkara ini.

 

Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia
29 September 2015


Last Updated 2015-09-30 07:34:10 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia