Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Dagangan Negara RM125b November Lalu

Jumlah dagangan Malaysia meningkat 7.6 peratus kepada RM125.02 bilion pada November tahun lalu berbanding RM116.19 bilion yang direkodkan pada bulan yang sama pada 2014.
Peningkatan itu dipacu oleh eksport yang lebih kukuh.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, eksport bulan November meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun kepada RM67.63 bilion manakala import berkembang 9.1 peratus kepada RM57.39 bilion.

Prestasi ini sekali gus menunjukkan lebihan dagangan bagi bulan ke-217 berturut-turut sejak November 1997 walaupun lebihan dagangan mencatat 6.9 peratus lebih rendah kepada RM10.23 bilion pada November 2015.

Dalam kenyataan itu MITI berkata, eksport yang lebih kukuh itu disokong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada pasaran utama, terutama ASEAN, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalam tempoh Januari-November 2015, eksport secara kumulatif bernilai RM711.65 bilion berbanding RM698.06 bilion pada bulan yang sama pada 2014 dengan import bernilai RM625.34 bilion berbanding RM624.48 bilion sebelumnya.

Mengikut sektor pula, eksport barangan perkilangan pada November 2015 naik 9.0 peratus kepada RM54.03 bilion dan eksport barangan pertanian meningkat 9.2 peratus kepada RM5.64 bilion dan barangan perlombongan turun 11 peratus kepada RM7.6 bilion.
Sepanjang tempoh 11 bulan pertama tahun lalu, eksport utama melibatkan barangan elektrik dan elektronik bernilai RM253.12 bilion meningkat 8.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2014.

Eksport lain termasuk kimia dan produk kimia (RM50.45 bilion), produk petroleum (RM50.95 bilion), minyak sawit dan Produk berasaskan sawit (RM41.92 bilion) dan LNG (RM43.27 bilion). - MalaysiaGazette


Last Updated 2016-01-11 12:58:44 by Fauziah Osman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia