Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Kenyataan Media : Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Mengenai Pasukan Petugas Untuk Memulihkan Proton

Pada 8 April 2016, Jemaah Menteri  telah meluluskan permohonan Proton untuk  mendapat pinjaman mudah sebanyak RM1.5 billion.  Tujuan utama pinjaman tersebut adalah untuk membantu Proton membuat bayaran yang tertunggak kepada syarikat-syarikat yang membekalkan komponen kepadanya.

Susulan kepada keputusan tersebut pada 11 April 2016 saya bersama-sama dengan YB. Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Dato’ Sri Idris Jala, CEO PEMANDU telah mengadakan perbincangan dengan Pengurusan Tertinggi DRB HICOM dan Proton berkenaan tindakan-tindakan yang akan diambil  untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri.  Perbincangan lanjut telah diadakan di antara ketiga-tiga Menteri dengan Pengurusan Tertinggi Proton semasa lawatan ke syarikat tersebut pada 14 April 2016.

Perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan pada 11 dan 14 April 2016 ialah peranan  Pasukan Petugas untuk memastikan semua syarat-syarat yang telah dikenakan oleh Kerajaan berkaitan dengan pinjaman mudah itu dipenuhi.  Pasukan Petugas yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Idris Jala di antara lain bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Memantau pelaksanaan pelan pemulihan perniagaan Proton dan menjadikannya berdaya maju dan berdaya saing;

  2. Memantau pelan strategik bagi meningkatkan penguasaan pasaran dalam negara dan untuk menembusi pasaran eksport;

  3. Mengenalpasti rakan strategik dari luar negara dalam tempoh terdekat untuk membantu Proton memastikan perniagaannya berdaya saing dan berdaya maju.

Pasukan Petugas tidak akan terlibat dalam operasi harian Proton.  Ini merupakan tanggungjawab sepenuhnya pengurusan dan Lembaga Pengarah Proton.

Pasukan Petugas yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Idris Jala akan dibantu oleh wakil-wakil seperti berikut:

Wakil Sektor Kerajaan

  1. YBhg. Dato’ Hj Nik Rahmat Nik Taib,
    Timbalan Ketua Setiausaha (Industri)
    MITI

  2. YBrs. Dr. Yusof Ismail,
    Setiausaha Bahagian
    Bahagian Pelaburan Strategik
    Kementerian Kewangan

  3. YBhg. Datuk Yogeesvaran Kumaraguru,
    Timbalan Ketua Pengarah (Makro),
    Unit Perancang Ekonomi

Wakil Sektor Swasta

  1. YBhg. Tan Sri Azman Yahya,
    Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
    Symphony House Berhad

  2. YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly
    Ketua Pengarah Eksekutif,
    Celcom-Axiata Berhad

  3. YBhg. Dato’ Hamirullah Borhan
    Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti,
    Maybank

 

Dato’ Sri Mustapa Mohamed
14 April 2016


Last Updated 2016-04-14 15:53:40 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia