Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Malaysia Tempat Ke-8 Paling Kurang Melakukan Pembaziran

Note : This content is not available in English.
 

1. Laporan Global Competitiveness Index (GCI) 2016-2017 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum pada 28 September 2016 meletakkan Malaysia sebagai ekonomi yang ke-25 paling kompetitif dari 138 negara.

2. Laporan ini mengambil kira 12 teras daya saing yang terdiri dari 114 indikator di mana 80 daripadanya adalah data persepsi manakala 34 lagi adalah data kuantitatif.

3. Salah satu dari 80 data persepsi tersebut adalah berkenaan dengan wastefulness of government spending atau pembaziran perbelanjaan Kerajaan, di bawah teras Institusi. Malaysia berada pada kedudukan ke-8 paling kurang melakukan pembaziran dalam perbelanjaan Kerajaan dari 138 negara yang terlibat. Malah, ini merupakan tahun ketiga berturut-turut sejak 2014 di mana Malaysia mengekalkan kedudukan ini. Sebelum itu pada tahun 2013, Malaysia berada pada tempat ke-21.

4. Bagi indikator ini, seramai 101 responden terlibat dalam kaji selidik Executive Opinion Survey (EOS) yang diedarkan oleh MPC setiap tahun yang terdiri daripada pengurusan menengah dan atasan syarikat swasta yang beroperasi di Malaysia khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Soalan yang diajukan kepada mereka adalah “In your country, how efficiently does the government spend public revenue?” (1=extremely inefficient, 7=extremely efficient in providing goods and services). 

5. Justeru, pencapaian Malaysia dalam indikator ini sekaligus membuktikan keberkesanan perbelanjaan Kerajaan yang dilakukan secara berhemah serta langkah penjimatan yang diambil khususnya dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

6. Malah, hasil kajian World Economic Forum ini juga menyangkal persepsi serta dakwaan bahawa Kerajaan melakukan pembaziran.

 

17 Mac 2017


Last Updated 2017-03-20 15:28:53 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia