Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Double Tax Deduction - Permohonan Untuk Potongan Cukai Bagi Penyertaan Ke Pameran Bertaraf Antarabangsa Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1991 & Akta Penggalakan Pelaburan 1986

Note : This content is not available in English.


Pameran Tempatan Yang Layak Sebagai Pameran Bertaraf Antarabangsa Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1991

1. Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah ruang pameran disewakan kepada peserta asing ; atau

  2. Sekurang-kurangnya 20% daripada peserta pameran adalah terdiri daripada peserta asing ; atau

  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 10% pelawat asing ; dan

  4. Para (i), (ii) dan (iiii) diatas diaudit oleh juruaudit luar.

  5. Tempat/tapak pameran adalah di lokasi/bangunan yang bertaraf antarabangsa seperti di hotel-hotel lima (5) bintang, The Mines Exhibition Centre, PWTC, Sunway Pyramid, Dataran Bukit Jalil dan lain-lain.
     

2. Kaedah Permohonan 

  1. Pemohon perlulah menyertakan dokumen seperti berikut:
    • Invois sewa ruang

    • Resit penyertaan

    • Resit bayaran-bayaran lain yang berkaitan

    • Brochure/Pamplet penyertaan

    • Bukti bergambar/direktori

    • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
       

  2. Permohonan hendaklah mendapatkan pengesahan MATRADE terlebih dahulu samaada status pameran yang disertakan bertaraf antarabangsa atau sebaliknya.

  3. Permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan dan pengesahan MATRADE hendaklah dikemukakan kepada:

Pengarah
Bahagian Kawalan Import dan Eksport
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
Tingkat 2 (Podium)
No. 7, Menara MITI                                                                
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah                                            
50480 KUALA LUMPUR

 

Pameran Luar Negara Yang Layak Sebagai Pameran Bertaraf Antarabangsa Di Bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986

1. Syarat kelayakan dan dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah sama seperti permohonan potongan cukai dua kali bagi pameran antarabangsa dalam negeri.

2. Pengesahan dikeluarkan oleh MATRADE, pihak berkuasa yang meluluskan pengesahan penyertaan pameran antarabangsa di luar Negera.

3. Permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan terus kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
Tingkat 2, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(U/P: Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan)
Tel: 603 62077077 Fax: 603 62037253

Bagi tujuan tuntutan Potongan Cukai Dua Kali di bawah Akta Cukai Pendapatan 1991 (Pameran Perdagangan Antarabangsa yang diadakan di dalam negeri) dan Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (pameran Perdagangan Antarabangsa yang diadakan di luar negara), syarikat dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan menyertakan surat kelulusan daripada MITI.


Last Updated 2018-11-19 15:20:13 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia