Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
MITI's Portal
 
 

   About MITI

Sahabat GERAH

Note : This content is not available in English.

Apa itu Sahabat GERAH?

Gerakan Revolusi Anti Rasuah atau GERAH merupakan gerakan yang dipelopori Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. GERAH dilancarkan pada 8 Mei 2017.

GERAH menjadi pemangkin gelombang perubahan kepada masyarakat untuk membenci dan memandang jijik terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

GERAH menjadi tunjang dalam semua aktivti SPRM, sama ada operasi, pencegahan atau pendidikan

Harapan SPRM, dalam tempoh tiga tahun, gerakan ini berupaya mewujudkan masyarakat menjadi lebih berani, benci kepada rasuah dan salah guna kuasa serta bangun menentang rasuah bersama SPRM.

Peranan Sahabat GERAH

  1. Menjadi mata dan telinga kepada SPRM

  2. Menyumbang tenaga, masa dan idea dalam usaha pencegahan rasuah

  3. Melaporkan sebarang pelakuan rasuah dan salah guna kuasa kepada SPRM

  4. Menjadi agen SPRM untuk menyebar luas mesej anti rasuah kepada masyarakat

  5. Menjadi role model individu berintegriti kepada masyarakat

Larangan

  1. Terlibat dalam sebarang jenayah termasuk rasuah dan salah guna kuasa

  2. Menyalahgunakan keahlian Sahabat GERAH untuk kepentingan peribadi atau bagi apa-apa tujuan jenayah dan seumpamanya

  3. Mengambil kesempatan melalui keahlian ini bagi tujuan agenda politik

  4. Menyalurkan maklumat atau membuat laporan palsu dengan niat jahat untuk mengaibkan atau menjatuhkan imej/ reputasi/   maruah mana-mana individu/ pihak

  5. Terlibat atau melakukan apa-apa perkara/perbuatan/ tindakan yang boleh menjejaskan nama baik SPRM

Terma dan Syarat

  1. Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malasyai berumur 18 tahun dan ke atas.

  2. Kelulusan keahlian tertakluk kepada tapisan keutuhan oleh SPRM.

  3. SPRM memegang hak esklusif untuk membatalkan keahlian pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Borang keahlian

Sila muat turun di sini.

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut berkenaan SAHABAT GERAH SPRM,
sila hubungi : 03-8870 0000
www.sprm.gov.my
sahabat.gerah@sprm.gov.my

Permohonan atas talian boleh didapati melalui pautan berikut :
https://sahabatgerah.sprm.gov.my
atau melalui QR code berikut :
https://sahabatgerah.sprm.gov.my


Last Updated 2017-09-29 11:49:43 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Email this page