KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Roberto Azevedo yakin Rundingan Doha 2008 dapat dimuktamadkan tidak lama lagi memandangkan negara anggota mula menunjukkan tanda-tanda penerimaan agenda yang dibincangkan.
Tanpa menyatakan sasaran khusus, beliau berkata kini negara anggota lebih bersikap terbuka antara satu sama lain berbanding dua tahun lalu.
“Semasa saya menyertai organisasi ini dua tahun lepas, tidak ada langsung perbualan mengenai semua ini. Sekarang mereka telah keluar dari zon selesa dan dalam mod mencari penyelesaian.
“Ya, memang sangat sukar namun saya percaya ia boleh dicapai dan saya rasa kami kini dalam anjakan objektif daripada mendapatkan ‘perjanjian terbaik’ kepada ‘yang boleh’,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan ‘Faedah dan Kepentingan WTO kepada Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Anggota’, di sini hari ini.
Syarahan bersempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula hari ini turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Rundingan Doha merupakan pusingan rundingan perniagaan semasa WTO yang bermula pada November 2001 di bawah ketua pengarah WTO pada masa itu Mike Moore, dengan matlamat menurunkan halangan perdagangan di seluruh dunia bagi mempermudah peningkatan perdagangan global.
Bagaimanapun rundingan itu tertangguh sejak 2008 berikutan ketidaksefahaman dalam isu utama seperti pertanian, halangan tarif dan bukan tarif industri, perkhidmatan dan penyelesaian perdagangan.
Azevedo berkata rundingan Doha mesti diselesaikan dalam masa terdekat kerana WTO tidak boleh menunggu untuk satu tempoh yang lama sekali lagi bagi mengadakan perjanjian pelbagai hala seterusnya.
“Apa yang saya tekankan dalam rundingan ini ialah yang boleh dilakukan. Ayuh kita lakukan apa yang boleh dilakukan pada masa ini, bukan yang terbaik atau yang diingini,” katanya.
– BERNAMA