Sesi padanan perniagaan dalam program SME Smart Partnership yang berlangsung selama dua hari bermula semalam disasarkan mampu menjana sehingga 800 kontrak perniagaan, membabitkan 650 syarikat dalam pelbagai sektor.
Program dua hari itu antara inisiatif memperkasa ekonomi Bumiputera, seperti yang diumumkan dalam Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tahun lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri, berkata program membabitkan kerjasama Bank SME itu mampu mewujudkan peluang perniagaan besar bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kerjasama dengan Bank SME, mengukuhkan rantaian ini, serentak dengan proses padanan perniagaan yang turut membabitkan konglomerat terkemuka.
“Seperti program ini, kita ada pembeli antarabangsa iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Vietnam.
“Ini saya lihat agak luar biasa dan ia memberi ruang untuk PKS kita mengembangkan sayap ke luar negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program SME Smart Partnership di Kuala Lumpur, semalam.
Terdahulu ketika berucap merasmikan program berkenaan Hamim berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dijangka berkembang 5 hingga 5.5 peratus tahun ini akan dapat dilonjakkan ke tahap lebih baik sekiranya kuasa ekonomi Bumiputera ditingkatkan.
“Selain itu, dalam pengumuman prestasi perdagangan negara telah meningkat 9.8 peratus kepada RM121.6 bilion bagi tempoh Januari 2013 hingga Januari 2014,” katanya.