Eksport Malaysia meningkat 12.3 peratus kepada RM58.91 bilion pada Februari tahun ini berbanding bulan yang sama tahun lalu.
Import pula meningkat 9.5 peratus kepada RM48.48 bilion, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
MITI berkata, negara mencatat peningkatan lebihan dagangan sebanyak 27.2 peratus kepada RM10.44 bilion pada Februari.
Pada bulan dikaji juga, jumlah perdagangan Malaysia meningkat 11 peratus kepada RM107.39 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu, didorong pertumbuhan lebih tinggi dalam eksport berbanding import.
Perdagangan yang tinggi dicatatkan dengan Singapura meningkat RM2.28 bilion, China (RM1.73 bilion), Jepun (RM1.2 bilion), Arab Saudi (RM919.1 juta), Taiwan (RM793.8 juta), Jerman (RM760.6 juta), Emiriyah Arab Bersatu (RM742.5 juta) dan Amerika Syarikat (RM726.7 juta).
Negara ASEAN
Eksport ke negara ASEAN meningkat 5.7 peratus kepada RM15.97 bilion, menyumbang 27.1 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada Februari.
Pada bulan dikaji, eksport ke Amerika Syarikat (AS) meningkat 8.4 peratus kepada RM4.53 bilion, disumbangkan barangan elektrik dan elektronik terutamanya kelengkapan telekomunikasi dan alat ganti serta kimia dan bahan kimia.
Dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2014, eksport Malaysia meningkat 12.3 peratus kepada RM122.89 bilion, manakala import berkembang sebanyak 8.3 peratus kepada RM106.09 bilion.
Lebihan dagangan dalam tempoh itu adalah sebanyak RM16.79 bilion.
Peningkatan dalam perdagangan dicatatkan dengan China melonjak 14.2 peratus, Jepun (10.1 peratus), Kesatuan Eropah (7.6 peratus), AS (7.1 peratus) dan ASEAN (1.7 peratus).
Negara lain yang mencatatkan peningkatan perdagangan dengan Malaysia ialah Australia (naik 29.5 peratus), Hong Kong (33.9 peratus), Emiriah Arab Bersatu (35.2 peratus), Taiwan (18.4 peratus) dan Korea Selatan (12.8 peratus peratus).