KUCHING 4 Mac - Johor merupakan destinasi pilihan utama pelabur di negara ini apabila mencatatkan nilai pelaburan berjumlah RM14.4 bilion dalam sektor pembuatan mengatasi Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, Selangor berada di tangga kedua dengan hasil pelaburan sebanyak RM9.8 bilion, diikuti Sarawak (RM8.27 bilion) dan Pulau Pinang (RM3.9 bilion).
Katanya, daripada keempat-empat negeri itu, Sarawak mencatat hasil pelaburan hampir mencecah dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM4.72 bilion.
Menurutnya, jumlah itu menunjukkan pengusaha dan penggiat aktiviti perniagaan pelbagai peringkat di Sarawak mempunyai keyakinan dalam menarik pelabur asing dan domestik terhadap prestasi ekonomi negeri itu.
“Saya juga percaya komitmen kerajaan negeri dalam mewujudkan suasana kondusif dan mesra pelabur ternyata berjaya menarik pelabur untuk menanam modal di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan aktiviti turun padang ke beberapa kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang beroperasi di sekitar bandar raya ini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais.
Dalam lawatan itu, Hamim bersama beberapa kakitangan kementeriannya telah melawat kilang MEMC Kuching Sdn. Bhd. iaitu kilang pembuatan panel solar tempatan, MUSC Food Industries Sdn. Bhd.(kilang pemprosesan perencah laksa Sarawak) dan Cinqasa Sdn. Bhd. (kilang minuman berkarbonat).
Hamim berkata, peningkatan angka pelaburan itu juga hasil sikap masyarakat bumiputera di negeri ini yang mudah untuk menerima perubahan teknologi.
Katanya, menerusi prasarana teknologi itu, kerajaan yakin ia akan memberi manfaat lebih luas kepada pengusaha tempatan dalam menarik lebih banyak pelaburan.
Tags: business facilitation, Exports, foreign direct investments, Import, Imports,Malaysian Economy, MITI, MITI Report, MITI Weekly BulletinTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, Selangor berada di tangga kedua dengan hasil pelaburan sebanyak RM9.8 bilion, diikuti Sarawak (RM8.27 bilion) dan Pulau Pinang (RM3.9 bilion).