KUALA LUMPUR 18 Feb. - Tiga buah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM23.2 bilion kepada 51,232 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sejak 30 tahun lalu.
Pengeluar pembiayaan terbesar, Malaysia Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) telah mengeluarkan sebanyak RM11.8 bilion kepada lebih 10,000 buah syarikat diikuti SME Bank Bhd. (RM8 bilion) kepada lebih 5,000 syarikat manakala SMECorp sebanyak RM3.4 bilion kepada lebih 36,000 PKS.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah pembiayaan daripada ketiga-tiga agensi itu amat besar bagi membantu PKS tempatan untuk berdaya saing.
Beliau berkata, ini membuktikan komitmen dan usaha kerajaan untuk mengembangkan perniagaan PKS di negara ini, sekali gus membantu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.
?Kita mahu melihat di mana usahawan-usahawan ini berada sekarang dan sejauh mana mereka sudah pun berjaya dalam perniagaan masing-masing setelah lebih 30 tahun mendapat pembiayaan daripada ketiga-tiga agensi tersebut,?? katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Forum Keusahawanan Malaysia (Fokem) 2014 di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi SMECorp, Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif SMECorp, Datuk Hafsah Hashim, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Bhd., Datuk Mohd. Najib Abdullah dan Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus.
Fokem 2014 merupakan program pertama kali diadakan bagi menghimpunkan para usahawan dan PKS tempatan untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka.
Lebih 1,000 usahawan dijangka hadir dengan lebih 30 tokoh usahawan terpilih dipanggil untuk berkongsi pengalaman.
Tambah Mustapa, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang banyak membantu usahawan dengan pembabitan agresif agensi-agensi kerajaan.
?Sepatutnya kita sudah berjaya melepasi sasaran dan lebih hebat daripada negara-negara maju yang lain terutamanya Korea Selatan.
?Pada era 1960-an, Korea Selatan telah berkunjung ke Malaysia dan mahu mempelajari dari Malaysia kaedah untuk membangunkan negara. Pada waktu ini, negara itu sudah jauh ke hadapan berbanding Malaysia terutamanya dalam bidang teknologi kreatif,?? ujarnya.