KUALA LUMPUR 12 Feb. - Syarikat-syarikat Malaysia yang menyertai pameran penjagaan kesihatan Arab Health 2014, telah berjaya menjana jualan sebanyak RM215.3 juta.
Pameran tersebut berlangsung selama empat hari bermula 27 Januari lalu di Pusat Pameran Antarabangsa Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Arab Health 2014 merupakan pameran penjagaan kesihatan terbesar di Asia Barat dengan menyaksikan penyertaan sebanyak 32 syarikat dari Malaysia.
Daripada jumlah penyertaan itu, 15 syarikat telah mengambil bahagian di bahagian pavilion Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
?Produk-produk penjagaan kesihatan yang berjaya menarik minat para pelabur adalah katil-katil hospital, perabot perubatan, loket gas perubatan, jahitan, alat perubatan in vitro, tiub endotracheal, alat perubatan mudah alih, rawatan stem sel, alat berkhatan, topeng aerosol dengan tiub, sanitasi tangan, makanan-makanan tambahan dan sarung tangan getah untuk pemeriksaan,?? jelas Matrade dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Syarikat Malaysia telah menarik minat pelabur-pelabur dari India, Pakistan, Mesir, Oman, Arab Saudi, Iran, China, UAE, Jerman dan Turki.
Menurut Pesuruhjaya Kanan Dagangan Matrade di Dubai, Mohd. Mustafa Abdul Aziz, bahagian Asia Barat mengalami pertumbuhan yang menggalakkan dalam sektor penjagaan kesihatan.
Katanya, pertumbuhan itu disumbang oleh peningkatan populasi yang pantas, dasar-dasar dagangan yang liberal, adaptasi piawaian antarabangsa dalam penjagaan kesihatan serta perkhidmatan kesihatan oleh kerajaan dan swasta yang berkualiti.
?Pasaran produk penjagaan kesihatan dan perkhidmatannya di rantau asia amat berbeza dengan bahagian dunia yang lain.
?Industri menganggarkan, pasaran penjagaan kesihatan di rantau Asia sekitar AS$82 bilion (RM254.2 bilion),?? ujar Mohd. Mustafa.
Menurut beliau, rantau Asia masih rancak dari segi penjagaan kesihatan pada waktu ini dan belum terjejas daripada ekonomi global yang perlahan.