KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan beberapa acara untuk mempromosikan secara agresif jenama Malaysia di persada dunia.
Pengarah kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata acara-acara itu seperti Pameran Malaysia-Myanmar di Yangon dan Pameran Malaysia-Pakistan di Karachi bertujuan mempromosikan restoran-restoran Malaysia di seberang laut.
“Acara itu bertujuan mewujudkan permintaan untuk kuisin Malaysia menerusi program bersepadu, holistik dan pelbagai dengan kerjasama pengendali restoran.
“Terdapat juga Program Dapur Malaysia di Hong Kong dan Malam Malaysia di Trafalgar di London,” kata beliau pada majlis pelancaran Persidangan Usahawan Jenama di sini Rabu.
Beliau berkata MATRADE juga aktif membantu syarikat-syarikat Malaysia mengedarkan peluang eksport semasa dan maklumat berkaitan eksport kepada syarikat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapatkan pengetahuan yang penting dalam membimbing mereka.
“MATRADE akan turut membantu memajukan PKS dan membina perniagaan dan jenama mereka, bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa,” kata beliau.