KOTA BHARU 7 April – Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Jom Masuk IPT (KPTN 2015) bagi zon Kelantan berjaya mencapai sasaran apabila lebih 80,000 pengunjung hadir pada program yang berlangsung pada 28 dan 29 Mac lalu.
Karnival yang diadakan di pekarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed berkata, karnival berkenaan bertujuan memberi peluang kepada semua universiti awam dan swasta mempromosi serta menyebarkan maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baharu yang akan ditawarkan bagi sidang akademik 2015/2016.
Beliau berkata, sebanyak 130 tapak pameran disediakan kepada pengunjung pada karnival tersebut.
“Ini adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan untuk membuka peluang kepada pelajar bagi memilih program dengan minat serta kelayakan masing-masing.
“Karnival ini banyak membantu dan sesuai untuk setiap pelajar sama ada untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang yang diinginkan,” katanya kepada pemberita di tapak karnival di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan, Mazula Sabudin.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, karnival tersebut amat penting untuk membantu memberi maklumat kepada pelajar.
“Yang pentingnya, di sini ada orang yang pakar dan mahir dalam memberi maklumat mengenai syarat-syarat khusus yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran.
“Jadi, rebutlah peluang dan saya yakin rakyat Kelantan suka dengan program sebegini dan terima kasih kepada UMK selaku tuan rumah,” katanya.