Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan persidangan Media Malaysia (MMC) 2013 bagi memperkasa peserta industri media dan pengiklanan tempatan untuk mengeksport perkhidmatan mereka di peringkat global.
Dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pengiklan Antarabangsa (IAA) Malaysia, persidangan sehari itu menyaksikan penyertaan kira-kira 350 syarikat media, agensi dan syarikat pengiklanan tempatan.
Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, Susila Devi, berkata persidangan itu penting untuk meningkatkan kemampuan peserta industri media dan pengiklanan tempatan bagi membolehkan mereka bersaing dalam pasaran serantau dan global.
Katanya, antara isu yang dibincangkan dalam persidangan ini termasuk perubahan arah aliran cita rasa pelanggan berkaitan aktiviti pengiklanan yang mana maklumat itu amat berguna kepada peserta merangka strategi untuk menghasilkan kandungan media atau pengiklanan berkesan.
“Selain mengenalpasti perubahan dan arah aliran terkini industri, persidangan ini juga menampilkan banyak contoh strategi pengiklanan menarik terkini daripada syarikat media dan pengiklan terkemuka dunia.
“Sebagai agensi bertanggungjawab membantu syarikat tempatan mengeksport perkhidmatan mereka ke luar negara, kami yakin persidangan seperti ini adalah membantu peserta untuk mempelajari sesuatu yang baru.
“Persidangan ini adalah salah satu daripada usaha berterusan MATRADE ke arah itu dan pada masa depan kami sudah mempunyai perancangan untuk mengadakan persidangan sama membabitkan penjenamaan,” katanya selepas majlis pelancaran MMC di Kuala Lumpur, semalam.
Pelancaran MMC disempurnakan Timbalan Ketua Eksekutif MATRADE, Datuk Mohamad Kamarudin Hassan. Hadir sama ialah Presiden IAA Malaysia, John D Chako.
Dalam pada itu, D Chako berkata, kini pasaran industri media dan pengiklanan semakin kompetitif yang mana peserta industri tempatan perlu bersaing dengan syarikat antarabangsa untuk meraih penguasaan dalam industri.
“Pasaran media dan pengiklanan tempatan semakin terhad dan ia mewujudkan keperluan bagi peserta industri tempatan meningkatkan kemampuan bersaing mereka bukan saja di dalam negara malah juga bagi pasaran serantau lain.
“Antara kekangan utama yang dihadapi peserta industri tempatan adalah masalah bekalan tenaga kerja berbakat yang mampu menghasilkan kandungan media dan iklan yang berkesan dalam menarik pelanggan yang disasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan.