KENYATAAN MEDIA
PERMULAAN PENYIASATAN ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT ROD DAWAI KELULI YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI CHINESE TAIPEI, REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDONESIA, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK TURKI
Kerajaan Malaysia telah menerima satu petisyen daripada pengeluar tempatan bagi mengenakan duti anti-lambakan ke atas pengimportan rod dawai keluli. Pempetisyen mendakwa rod dawai keluli yang diimport dari Chinese Taipei, Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Republik Korea dan Republik Turki di bawa masuk ke Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada yang dijual di pasaran domestik negara-negara tersebut. Pempetisyen mendakwa lambakan import telah menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.
Pempetisyen mendakwa bahawa import dari negara-negara tersebut telah meningkat dari segi jumlah kuantiti mutlak. Akibatnya, pempetisyen telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lain, pemotongan harga, penyekatan harga, kemelesetan harga, tahap pengeluaran dan penggunaan kapasiti yang rendah, penurunan kadar keuntungan, pengurangan dalam bilangan pekerja dan pulangan pelaburan yang negatif.
Kerajaan telah menentukan bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi lambakan, kemudaratan dan hubungkait di antara kedua-duanya. Oleh itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan awal ke atas import rod dawai keluli dari Chinese Taipei, Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Republik Korea dan Republik Turki.
Selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan Peraturan yang berkaitan, satu penentuan awal akan dibuat dalam tempoh 120 hari daripada tarikh permulaan siasatan. Sekiranya penyiasatan akhir didapati afirmatif, maka Kerajaan mungkin akan mengenakan duti anti-lambakan pada kadar yang akan dikenalpasti berdasarkan lambakan yang berlaku.
MITI telah menyediakan borang soal selidik berkaitan perkara ini. Pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar asing, pengeksport dan persatuan-persatuan) yang ingin mengemukakan maklumat berhubung rod dawai keluli boleh memohon mendapatkan borang soal selidik tidak lewat daripada 11 Julai 2012. Pihak berkepentingan juga dijemput untuk memberi pandangan mereka secara bertulis terutamanya dengan mengisi borang soal selidik tersebut dan mengemukakan bukti berkaitan untuk menyokong pandangan mereka pada atau sebelum 5 Ogos 2012. Sekiranya tiada maklumat tambahan diterima dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Kerajaan boleh membuat penentuan awal berdasarkan fakta yang sedia ada.
Sebarang maklumat lanjut mengenai penyiasatan ini boleh didapati dengan menghubungi:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Tingkat 14, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Nombor Telefon : (603) 6200 0114
Nombor Faksimile : (603) 6201 6394
E-mel : alltps@miti.gov.my
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
28 Jun 2012