Pada 18 April 2012, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan tentang fungsi, pentadbiran dan peranan MITI dalam pelaksanaan ETP(Economic Transformation Programme) dan GTP (Government Transformation Programme).
Taklimat mengenai fungsi dan peranan Kementerian Perdagangan Antarabangsa(MITI) telah di sampaikan oleh Penasihat MITI, YBhg Dato’ Nik Zainiah Nik Abdul Rahman. Taklimat yang berlangsung hampir selama satu jam itu diikuti dengan sesi soal jawab.

Para pelawat yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar telah menerima kejutan dengan kehadiran Timbalan Menteri MITI, YB Dato’ Mukhriz Mahathir. YB Timbalan Menteri telah meluangkan masa beramah mesra dengan delegasi serta menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pelajar dan pensyarah.
Kunjungan sebegini sangat dialu-alukan oleh pihak MITI di mana para pelajar berpeluang mendapat maklumat dan memahami peranan MITI dalam usaha Malaysia menuju status negara membangun menjelang 2020.
Kunjungan sebegini sangat dialu-alukan oleh pihak MITI di mana para pelajar berpeluang mendapat maklumat dan memahami peranan MITI dalam usaha Malaysia menuju status negara membangun menjelang 2020.