Kerajaan hari ini mengumumkan enam program berimpak tinggi sebagai satu langkah untuk memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu berkembang sebanyak 8.7 peratus setahun menjelang tahun 2020 berbanding pada masa ini sekitar 6.5 peratus setahun.
Enam program impak tinggi adalah:
Enam program impak tinggi adalah:
- Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Penubuhan Perniagaan untuk mewujudkan pusat pendaftaran tunggal melalui Sistem Pendaftaran Perniagaan (MyCoID) dan Sistem Pelesenan Perniagaan (BLESS).
- Platform Pengkomersialan Teknologi (TCP) iaitu sebuah rangkaian platform kebangsaan yang diuruskan sektor swasta bagi mempromosi idea inovatif bermula peringkat pembuktian konsep ke peringkat pengkomersialan.
- Program Pelaburan PKS (SIP) yang menyediakan pembiayaan kewangan peringkat awal dan disalur melalui syarikat pelaburan kepada PKS berpotensi sama ada dalam bentuk hutang, ekuiti atau hibrid.
- Program Going Export (GoEx) menawarkan bantuan khusus kepada pengeksport dan PKS yang menceburi pasaran baru di luar negara.
- Program Pemangkin untuk mewujudkan juara tempatan menerusi pendekatan yang lebih bertumpu dengan sokongan dalam bidang pembiayaan, akses kepada pasaran dan pembangunan modal insan.
- Inovasi Keterangkuman direka khusus bagi membolehkan 40 peratus golongan berpendapatan rendah memanfaatkan inovasi dalam menggalakkan transformasi komuniti, termasuk perusahaan mikro di luar bandar.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak langkah itu selaras dengan usaha kerajaan bagi membolehkan paras produktiviti PKS tempatan ditingkatkan daripada RM47,000 pada tahun lalu kepada RM91,000 menjelang tahun 2020.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) kali ke-12 di Putrajaya. Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mukhriz Mahathir.
Di samping itu, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) sebagai nadi dan agensi utama untuk pembangunan, menyelaras dan mengambil tindakan mengenai pembangunan PKS.
Di samping itu, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) sebagai nadi dan agensi utama untuk pembangunan, menyelaras dan mengambil tindakan mengenai pembangunan PKS.