Sidang Kemuncak ASEAN ke 19 telah membincangkan beberapa cadangan ekonomi yang telah dikemukakan oleh Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan juga keraguan terhadap pemulihan segera ekonomi Eropah, pemimpin-pemimpin ASEAN dan rakan-rakan dialog telah bersetuju supaya ASEAN dan negara-negara Asia Timur perlu bekerjasama dan mempercepatkan integrasi ekonomi rantau ini.
Pada keseluruhannya, kadar pelaksanaan purata langkah-langkah AEC bagi Fasa 1 dan 2 adalah 75.6 peratus.Kadar pelaksanaan purata bagi Malaysia untuk kedua-dua fasa adalah 88.55 peratus. Ini menunjukkan bahawa ASEAN menghadapi cabaran untuk merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN pada tahun 2015, kecuali ASEAN menggandakan usaha bagi melaksanakan langkah-langkah integrasi ekonomi yang telah dipersetujui.
Maklum balas yang diterima daripada sektor swasta menunjukkan bahawa ASEAN perlu memberi keutamaan kepada aspek-aspek berikut:
(i) fasilitasi perdagangan;
(ii) standard dan conformance;
(iii) fasilitasi pelaburan;
(iv) fasilitasi pengangkutan dan kesalinghubungan;
(v) memperkukuhkan bidang hak harta intelek dan dasar persaingan; dan
(vi) menghapuskan halangan bukan tarif.
Mereka berpandangan bahawa dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek tersebut ASEAN boleh memudahkan proses dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan. Malaysia telah pun berusaha kearah ini melalui Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.
Selain daripada itu, semua Negara ASEAN bersetuju untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dialog bagi melaksanakan Plan IndukConnectivity ASEAN, termasuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan pengangkutan udara dan maritim. Melalui usaha tersebut, ASEAN boleh meningkatkan kesalinghubungan yang akan merancakkan aktiviti-aktiviti ekonomi di rantau ini.
Pada masa yang sama, saya menyeru Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Kelab Perniagaan ASEAN untuk terus mempergiatkan program-program bagi membantu kerajaan-kerajaan di rantau ini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi serantau.
Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Indonesia yang baru dalam usaha memperkukuhkan hubungan ekonomi dua-hala. Di dalam pertemuan dengan TYT Gita Wirjawan, kami bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan & Pelaburan (JTIC) sebelum suku tahun pertama 2012. Kami juga bersetuju untuk MIDA dan Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) bagi menggalakkan pelaburan di antara kedua-dua negara.
Saya juga telah bertemu dengan wakil beberapa syarikat Indonesia yang telah menyampaikan hasrat untuk melaburdi Malaysia khususnya di Iskandar Malaysia dalam bidang hartanah dan sektor perkhidmatan seperti logistik, pengangkutan dan kejagaan kesihatan.
Dalam pada itu, saya juga bertemu dengan Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) yang diketuai oleh Bapak Raja Sapta Oktohari yang baru sahaja dilantik sebagai Ketua Umum HIPMI.HIPMI menyatakan minat untuk berkunjung ke Malaysia bagi menjalinkan hubungan dengan usahawan-usahawan dan para pemimpin politik muda di Malaysia. HIPMI juga bersedia menimbang peluang untuk bekerja sama dengan syarikat-syarikat Malaysia dalam bidang perdagangan dan pelaburan di kedua-dua buah negara.
Dua Rangka Kerja penting yang disyorkan oleh Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN telah diperakukan oleh Sidang Kemuncak ASEAN seperti berikut:

- Rangka Kerja Pembangunan Ekonomi Saksama (Framework for equitable Economic Development: Guiding Principlas for Inclusive and Sustainable Growth); dan
- Rangka Kerja Serantau bagi Kerjasama Ekonomi Komprehensif(Framework for Regional Comprehensive Economic Partnership)
- Rangka Kerja bagi Pembangunan Saksama telah diberi keutamaan oleh Sidang Kemuncak ASEAN bagi memastikan integrasi ekonomi memanfaatkan keseluruhan rakyat di rantau ASEAN dan juga merangkumi initiatif-initiatif baru seperti Kiriman Wang Antarabangsa (International Remitances) dan Akses Pembiayaan kepada Semua (Financial Inclusion).
Sidang Kemuncak ASEAN ke 19, dalam memperakukan Rangka Kerja Serantau bagi Kerjasama Ekonomi Komprehensif, telah mengambil maklum dangan cadangan-cadangan negara China dan Jepun untuk memperluaskan integrasi ekonomi kawasan Asia Timur. Tiga Kumpulan Kerja bagi meneliti butiran-butiran terperinci modaliti bagi integrasi ekonomi yang melibatkan kesemua rakan perdagangan FTA ASEAN iaitu China, Jepun, Korea, India, Australia dan New Zealand. Tiga Kumpulan Kerja ini melibatkan:
- Kumpulan Kerja Perdagangan (Trade in Goods);
- Kumpulan Kerja Sektor Perkhdmatan (Trade in services); dan
- Kumpulan Kerja pelaburan (Investment)
Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 juga telah bersetuju supaya ASEAN mewujudkan templat FTA yang mengambilkira kepentingan ASEAN dan memastikan ‘ASEAN centrality’ dikekalkan dalam rundingan mewujudkan FTA yang melibatkan semua negara rakan dagang Asia Timur.Sidang Kemuncak juga telah mengarahkan supaya semua kerja berkaitan dengan templat dan modaliti-modaliti berkaitan dengan tiga Kumpulan Kerja tersebut dimuktamadkan sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 pada November 2012.
Pejabat Menteri
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia
19 November 2011