Baru-baru ini pada 16 Nov 2011, Timbalan Menteri MITI, YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah menghadiri majlis memeterai pengeluaran bersejarah panel solar yang ke 3,000 mega-watt di Kilang First Solar Malaysia Sdn Bhd di Kulim Hi-Tech Park.Dato’ Mukhriz berkata melalui usaha kerajaan banyak syarikat berkelas dunia telah memulakan operasi pengeluaran panel solar di Malaysia.
Dengan menawarkan insentif seperti pelupusan cukai keuntungan syarikat pengeluar panel solar selama 15 tahun, kadar faedah yang rendah dan infrastruktur yang baik, Malaysia kini menjadi pilihan utama destinasi pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor ini.
Menurut Dato’ Mukhriz lagi, kerajaan komited untuk memastikan Malaysia menyediakan persekitaran terbaik bagi pelaburan asing dan domestik bagi memastikan sektor ini berkembang pesat. Penggunaan 100% tenaga kerja tempatan di First Solar Malaysia membuktikan kejayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang mampu bersaing dengan negara lain terutama menerusi keupayaan tenaga kerja.