YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyertai Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-7 (WIEF) di Astana, Kazakhstan dari 7-9 Jun 2011.
Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-7 pada tahun ini bertemakan “Menglobalkan Pertumbuhan: Jalinan, Bersaing dan Bekerjasama” (Globalizing Growth: Connect, Compete, Collaborate) bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perniagaan di kalangan negara-negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Forum selama tiga hari itu, yang melibatkan penyertaan dari Ketua-ketua Negara dan Menteri-menteri, turut mempunyai sesi khas bagi ahli perniagaan wanita, pemimpin muda serta pameran. Pada 8 Jun 2011, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah menyampaikan ucapan bertajuk “Peluang dan Cabaran Pelaburan” (Investment Opportunities and Challenges) bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, serta inisiatif terkini yang dijalankan pihak Kerajaan seperti Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi.
Penyertaan dalam forum ini menunjukkan kesungguhan Malaysia untuk meningkatkan perdagangan dan hubungan ekonomi dengan negara-negara ahli OIC serta kerjasama ekonomi dan persefahaman dengan negara-negara ahli OIC.