Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) yang ke-11 yang telah diadakan pada 29 April 2011 telah meluluskan Fasa Pertama Pelan Induk PKS (2011-2020). Pelan tersebut akan menetapkan hala tuju dasar PKS dalam semua sektor, ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE).
Majlis yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri turut meluluskan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) 2011 yang merangkumi program yang telah dirancang bagi tahun 2011. Majlis telah membincangkan Fasa Pertama Pelan yang mengandungi Rangka Kerja Pembangunan PKS yang baru serta dasar dan strategi yang menyeluruh untuk mencapai matlamat MBE. Fasa Kedua Pelan Induk akan dilaksanakan bagi mengkaji pelan tindakan khusus serta membangunkan mekanisme pemantauan. Pelan ini tertumpu ke arah mewujudkan ekosistem yang menyokong bagi mempercepatkan pertumbuhan PKS melalui produktiviti dan inovasi, dan seterusnya membawa PKS ke tahap pembangunan yang lebih tinggi.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sejumlah RM26 bilion atau 12% daripada perbelanjaan pembangunan telah disalurkan untuk pembangunan PKS bagi meningkatkan akses kepada pembiayaan, membina kapasiti dan keupayaan, serta memperkukuhkan infrastruktur. Sumbangan PKS kepada KDNK dijangka akan meningkat daripada 31% pada tahun 2010 kepada 40% pada 2020.
Visi Pelan Induk PKS diperincikan melalui empat (4) matlamat strategik, iaitu:
• meningkatkan pertubuhan perniagaan bagi memudahkan dinamisme, melalui aliran kemasukan baharu yang tetap ke dalam pasaran;
• meningkatkan pemformalan perniagaan sebagai insentif kepada inovasi, pertumbuhan dan menggalakkan persaingan yang adil;
• meningkatkan produktiviti PKS untuk melonjakkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup; dan
• menambah bilangan syarikat yang mempunyai pertumbuhan tinggi dan berinovasi bagi menghasilkan sumbangan yang ketara dalam tenaga kerja dan pengeluaran negara serta berkeupayaan untuk menjadi kompetitif di pasaran global.
Enam (6) bidang tumpuan telah dikenal pasti bagi menyokong matlamat strategik, iaitu:
• menggalakkan inovasi dan penyerapan teknologi di kalangan PKS;
• meningkatkan pembangunan modal insan dan keusahawanan di kalangan PKS;
• memastikan bahawa PKS yang layak mendapat akses kepada pembiayaan untuk modal kerja dan pelaburan;
• mengembangkan pasaran untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh PKS;
• memastikan persekitaran perundangan dan kawal selia yang menggalakkan pembentukan dan pertumbuhan PKS, di samping melindungi kepentingan masyarakat umum; dan
• menambah baik infrastruktur yang diperlukan oleh PKS untuk beroperasi dengan berkesan.
MITI Weekly Bulletin Vol.141, 10 May 2011