Kejayaan Sipro Plastic bermula dengan kegigihan seorang wanita, Puan. Noraini Soltan yang merupakan pengasas dan Pengarah Urusan syarikat. Sebagai sebuah perniagaan intensif modal, Sipro Plastic ternyata memerlukan pelaburan yang besar untuk terus berkembang. Di awal pembabitannya dalam bidang perniagaan. ternyata sukar bagi Sipro Plastic untuk mendapatkan pinjaman kewangan. Namun begitu, selepas setahun beroperasi dan menunjukkan perkembangan yang positif, PUNB bersetuju untuk menyediakan modal awal bagi memajukan syarikat.
Berbekalkan suntikan modal oleh pihak Kerajaan, Sipro Plastic kini berjaya mengeluar dan membekalkan produknya kepada syarikat-syarikat gergasi dalam industri automotif dan elektronik. Antara rakan perniagaannya adalah Panasonic, Sony, Toyota, Mitsubishi, Daihatsu, Perodua, Proton, Modenas,
Menyedari bahawa inovasi yang berterusan dalam reka bentuk produk dan proses adalah penting bagi mengekalkan daya saing, Sipro Plastic giat menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dalam semua aspek operasinya di mana syarikat ini telah menerima pensijilan kualiti antarabangsa seperti ISO/ TS 16949, ISO 9001 dan ISO 4001.
Dengan potensi dan rekod yang baik, Sipro Plastic telah menerima pelbagai geran kerajaan termasuk daripada SME Corp. Malaysia, MIDF dan MATRADE. Puan Noraini mengakui bahawa syarikatnya telah mendapat banyak manfaat dari sokongan yang diberikan oleh kementerian dan agensi kerajaan. Ini memberi motivasi dan dorongan kepadanya untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Dengan pertumbuhan sebanyak 35% setiap tahun, Sipro Plastic yakin akan mencapai sasaran jualan RM100 juta menjelang tahun 2014.
Sumber : MITI Weekly BulletinBerbekalkan suntikan modal oleh pihak Kerajaan, Sipro Plastic kini berjaya mengeluar dan membekalkan produknya kepada syarikat-syarikat gergasi dalam industri automotif dan elektronik. Antara rakan perniagaannya adalah Panasonic, Sony, Toyota, Mitsubishi, Daihatsu, Perodua, Proton, Modenas,