
MITI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan program Showcase SDSI 2010 Peringkat Zon Tengah seperti berikut:
Tarikh : 26 – 27 Jun 2010 (Sabtu - Ahad)
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Showcase SDSI yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 merupakan pameran tahunan terbesar di peringkat nasional yang menghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia dalam usaha untuk memasar dan mempromosikan keluaran SDSI. Penganjuran Showcase SDSI kini diperluaskan ke peringkat zon mulai tahun 2010. Objektif program adalah untuk:
Membantu dan memudahkan pemasaran produk/perkhidmatan usahawan yang berkualiti;
Meningkatkan imej produk/perkhidmatan tempatan, khususnya SDSI;
Memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti;
Mewujudkan dan memperluaskan rantaian perniagaan dan networking di antara usahawan dengan pembeli perdagangan.
Maklumat lanjut