MITI mensasarkan seramai 20 pengeksport Bumiputera dilahirkan setiap tahun menerusi program GroomBig. Pada masa ini, seramai 1,040 usahawan GroomBig sedang dibimbing oleh MITI. GroomBig atau Program Peningkatan Kualiti Produk dan Perkhidmatan ini telah diberi nafas baru dengan lebih banyak program peringkat lebih tinggi diatur untuk membantu usahawan yang dikenal pasti memasuki pasaran eksport.
Sebahagian barangan dihasilkan sudah memasuki pasaran luar negara menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama beberapa syarikat perdagangan dan pemasaran di seluruh dunia. Antara syarikat rakan perdagangan MITI termasuk yang berada di Filipina, Dubai, Ireland, Vietnam, Kemboja, dan Britain. Melalui kerjasama strategik ini, barangan usahawan yang dibimbing melalui program GroomBig ini mampu menembusi pasaran negara berkenaan.
Usahawan-usahawan GroomBig akan diberi pendedahan dari segi kemudahan khidmat nasihat, kursus dan khidmat rundingan perniagaan dalam pelbagai bidang peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan, pembungkusan, pelabelan, penjenamaan dan pensijilan.
Para usahawan juga akan turut diberi panduan mengenai premis perniagaan atau kilang, selain bantuan kepakaran seperti pengurusan kewangan, pemasaran, promosi dan peningkatan kualiti. MITI juga menyediakan khidmat pemadanan perniagaan bagi usahawan terbabit.
Setakat ini, kira-kira 90 peratus usahawan yang sedang dibimbing, terbabit dalam bidang pengeluaran makanan. Bidag ini akan diperluaskan kepada bidang yang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan. Antara bidang yang dikenal pasti termasuk 15 sektor pembuatan dan perkhidmatan, antaranya seperti petrokimia; elektrik dan elektronik; perabot; pemprosesan minyak sawit; tekstil dan pakaian; herba dan perubatan tradisional; komponen automotif; perkhidmatan kesihatan; logistik; pelancongan; industri halal; teknologi maklumat (IT); dan peruncitan.
MITI mengalu-alukan maklumbalas dari para usahawan.