Majlis MINI Showcase Groom Big ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai dan usahawan mengenai program Groom Big yang dilaksanakan oleh MITI dalam menggalakkan pembangunan usahawan yang berkualiti dan berdaya saing dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di peringkat domestic dan global.
Program ini yang bermula sejak 2005 bagi industri makanan dan minuman telah memberikan banyak manfaat kepada usahawan tempatan. Sehingga Februari 2010, sebanyak 1,500 permohonan telah diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 819 syarikat telah diberikan khidmat perundingan yang melibatkan 1,093 projek.
Bagi industri kosmetik dan herba, seramai 70 usahawan telah diberikan khidmat perundingan, manakala seramai 15 usahawan dibangunkan dalam industry seramik dan kaca.