KUALA LUMPUR 26 Feb. - Asas kewangan yang kukuh dan dasar negara yang pragmatik sejak lima tahun lalu diyakini meletakkan Malaysia dalam landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala berkata, sehubungan itu, negara perlu kekal fokus dalam memperkembangkan sektor-sektor ekonomi utama dan memperbaiki persekitaran perniagaan di negara ini.
“Kita tidak boleh berputus asa dengan cabaran-cabaran sebaliknya meneruskan perancangan sedia ada,” katanya dalam program Rangkuman Ekonomi 2014 di sini hari ini.
Yang turut hadir pada program itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Tambah Idris, pertumbuhan ekonomi 2014 yang kukuh diterajui oleh aktiviti-aktiviti pelaburan swasta dalam pelbagai industri utama termasuk perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan perlombongan.
Katanya, pelaburan swasta pada 2014 direkodkan sebanyak RM181.5 bilion, meningkat 11 peratus (pada harga malar 2005) berbanding tempoh yang sama 2013.
Malah, katanya, dagangan luar yang kukuh dan pelaburan domestik yang tumbuh digit berganda turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun lalu.
“Asas kewangan yang kukuh dalam tempoh lima tahun lalu meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang baik walaupun keadaan ekonomi luaran yang tidak stabil,” ujarnya.
Menurut Idris, pendekatan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memacu 12 sektor ekonomi dan institusi pelbagai dasar perubahan telah membentuk medan kompetitif dan bentuk ekonomi yang pelbagai.
“Hal ini mengurangkan risiko kerajaan untuk terlalu bergantung kepada perolehan daripada minyak dan gas,” katanya.