KUALA LUMPUR 5 Feb. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin Malaysia akan terus menghasilkan lebihan dagangan walaupun pertumbuhan eksport diunjurkan di paras dua hingga tiga peratus pada tahun ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut bukanlah satu masalah kerana negara telah menghasilkan lebihan dagangan selama 17 tahun iaitu sejak Disember 1997.
“Ia bukannya satu isu, kami yakin Malaysia akan terus menghasilkan lebihan dagangan yang sihat. Pada tahun lalu, negara telah menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM83.11 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian sidang akhbar Laporan Prestasi Perdagangan Malaysia 2014 di sini hari ini.
Pertumbuhan eksport yang kukuh menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM83.11 bilion pada 2014 yang merupakan lebihan dagangan tahun ke-17 berturut-turut dicatatkan.
Lebihan dagangan tahun tersebut mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu sebanyak 16.6 peratus, satu pencapaian yang memberangsangkan berbanding senario pertumbuhan pada 2012 dan 2013.