"LANGKAWI 6 Mac - Penglibatan lebih banyak pemain sektor komersial pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) mampu meningkatkan lagi kedudukan industri pertahanan sebagai aspek penting ekonomi negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, penglibatan secara langsung buat kali pertamanya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pengangkutan pada LIMA kali ini telah menarik lebih ramai pemain sektor komersial.
“Ini merupakan pendekatan yang wajar dalam (penganjuran) LIMA akan datang (untuk mengimbangi) nisbah di antara aset-aset ketenteraan dan aset-aset komersial dan juga melihat kepada industri pertahanan itu sebagai satu pemangkin kepada pengukuhan ekonomi kita pada masa masa akan datang,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Penyelarasan LIMA’15 Peringkat Menteri di sini, hari ini.
Menurutnya...
Read More