KUALA LUMPUR 26 Feb. - Asas kewangan yang kukuh dan dasar negara yang pragmatik sejak lima tahun lalu diyakini meletakkan Malaysia dalam landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala berkata, sehubungan itu, negara perlu kekal fokus dalam memperkembangkan sektor-sektor ekonomi utama dan memperbaiki persekitaran perniagaan di negara ini.
“Kita tidak boleh berputus asa dengan cabaran-cabaran sebaliknya meneruskan perancangan sedia ada,” katanya dalam program Rangkuman Ekonomi 2014 di sini hari ini.
Yang turut hadir pada program itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Tambah Idris, pertumbuhan ekonomi 2014 yang kukuh diterajui oleh aktiviti-aktiviti pelaburan swasta dalam pelbagai industri utama termasuk...
Read More