Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) optimis eksport pasaran produk halal negara akan melepasi RM32 bilion tahun ini walaupun berdepan dengan situasi kejatuhan nilai ringgit serta penurunan harga minyak mentah dunia.
Ini berikutan kelemahan kedua-dua sektor berkenaan memberi kesan positif kepada peningkatan perdagangan produk halal ke pasaran asing memandangkan negara pengimport boleh membeli dengan harga murah serta meningkatkan kapasiti pengeluaran dari Malaysia.
Timbalan Menterinya, Datuk Hamim Samuri berkata, ramuan halal menjadi sektor terpenting eksport itu memandangkan ketika ini Malaysia menjadi pengeksport utama dunia dan ia belum banyak diterokai oleh negara lain berbanding sektor makanan dan minuman.
Beliau berkata, setakat separuh pertama 2014, sektor ramuan halal menyumbang RM6 bilion kepada jumlah keseluruhan eksport berjumlah RM18 bilion dan dijangka berkembang tahun ini.
“Semua produk halal memerlukan ramuan bagi dikeluarkan...
Read MoreTag Archives: Perbadanan Pembangunan Industri Halal Sdn Bhd
June 12, 2015 , by admin2
KUALA LUMPUR: Sebanyak 130 syarikat telah beroperasi di taman industri halal setakat ini dengan jumlah pelaburan mencecah RM8.5 bilion, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, taman industri halal itu telah mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan dalam pelbagai industri antaranya pemprosesan makanan, kosmetik, ramuan, farmaseutikal dan ternakan.
“Terdapat 21 taman industri halal seluruh negara di mana 19 daripadanya berada di bawah seliaan agensi kerajaan pusat serta kerajaan negeri manakala dua lagi adalah milik swasta,” katanya di dalam jawapan bertulis kepada Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur).
Keong Siong meminta kerajaan menyatakan jumlah hab halal serta kejayaan hab halal yang telah beroperasi termasuk jenis industri yang diceburi.
Tambah Mustafa, sebanyak 13 taman industri halal telah menerima pengiktirafan sijil Halmas daripada Halal Industry Development Corporation (HDC) bagi...
Read More