KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk meningkat eksport barangan pertanian ke Turki tahun ini, diperkukuh oleh permintaan yang semakin meningkat ke atas buah-buahan tropika di negara itu.
Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Istanbul Idzham Abd Hamid berkata buah-buahan tropika seperti nanas, belimbing dan buah naga, mendapat permintaan tinggi di Turki.
Istanbul kini mengimport sebagaian besar buah-buahan tropika dari Belanda.
“Kita patut merebut peluang untuk mengeksport (lebih banyak) buah-buahan tropika kita ke negara itu,” katanya kepada pemberita di uar seminar Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Turki, di sini, Rabu.
Eksport utama Malaysia ke Turki bagi tempoh Januari hingga Julai 2015 terdiri daripada barangan pertanian, dengan dagangan bagi segmen itu bernilai RM386 juta, diikuti barangan pembuatan (RM1.2 bilion) dan barangan perlombongan (RM3.3 juta).
Seminar bertema ‘Memanfaatkan FTA...
Read More