DHAKA 13 Jan. – Malaysia dan Bangladesh sepakat untuk meneruskan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang tertangguh sejak lima tahun lalu dalam usaha meningkat hubungan dagangan antara kedua-dua negara.
Kesepakatan itu dicapai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam pertemuan beliau dengan Menteri Perdagangan Bangladesh, Tofail Ahmed.
Dalam pertemuan itu, Mustapa yang dalam misi pelaburan dan perdagangan ke negara ini turut disertai oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Norlin Othman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud.
Mustapa berkata, kedua-dua belah pihak bersetuju supaya suruhanjaya bersama kedua-dua negara mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut di Kuala Lumpur pada Mac ini.
“Kita telah memulakan rundingan lima tahun lalu berhubung kemungkinan mengadakan FTA antara Bangladesh dan Malaysia, namun tidak banyak kemajuan sejak beberapa tahun...
Read More