Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan dan rintihan didengari mengenai nasib usahawan khususnya Bumiputera yang merasakan terpinggir setelah pembubaran MECD. Memandangkan sebahagian portfolio MECD telah diserapkan ke MITI, maka sebagai sebuah Kementerian yang perihatin, MITI telah mengadakan satu dialog khas YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed bersama usahawan-usahawan yang mewakili pelbagai persatuan dan dewan-dewan perdagangan dan perindustrian Bumiputera pada 26 Januari 2010. YB Timbalan-timbalan Menteri MITI juga hadir pada majlis dialog tersebut.
Sesi dialog ini telah mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan. Kebanyakan peserta dialog menyatakan hasrat bahawa perlunya ada satu agensi Kerajaan yang khusus bagi menjaga kepentingan dan permasalahan usahawan Bumiputera.
YB Menteri dalam ucapannya telah meyakinkan kepada para usahawan bahawa usaha yang berterusan untuk memastikan kesinambungan pembangunan usahawan Bumiputera tetap menjadi agenda utama Kerajaan. Sebanyak lapan...
Read More