KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Roberto Azevedo yakin Rundingan Doha 2008 dapat dimuktamadkan tidak lama lagi memandangkan negara anggota mula menunjukkan tanda-tanda penerimaan agenda yang dibincangkan.
Tanpa menyatakan sasaran khusus, beliau berkata kini negara anggota lebih bersikap terbuka antara satu sama lain berbanding dua tahun lalu.
“Semasa saya menyertai organisasi ini dua tahun lepas, tidak ada langsung perbualan mengenai semua ini. Sekarang mereka telah keluar dari zon selesa dan dalam mod mencari penyelesaian.
“Ya, memang sangat sukar namun saya percaya ia boleh dicapai dan saya rasa kami kini dalam anjakan objektif daripada mendapatkan ‘perjanjian terbaik’ kepada ‘yang boleh’,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan ‘Faedah dan Kepentingan WTO kepada Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Anggota’, di sini hari ini.
Syarahan bersempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia...
Read More