Kerajaan Malaysia telah memulakan penyiasatan kes anti-lambakan pada 28 Mei 2012 berikutan daripada satu petisyen yang dikemukakan oleh Amsteel Mills Sdn. Bhd. yang mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk rod dawai keluli (SWR). Pempetisyen mendakwa pengimportan rod dawai keluli yang berasal atau dieksport dari Chinese Taipei, Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Republik Korea dan Republik Turki dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada yang dijual di pasaran domestik negara-negara tersebut. Pempetisyen mendakwa ini telah menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.
Kerajaan telah selesai menjalankan penyiasatan awal seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 23 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993. Kerajaan mendapati bahawa terdapat asas yang mencukupi bagi meneruskan penyiasatan terhadap pengimportan SWR dari negara-negara tersebut.
Kerajaan akan mengenakan duti sementara anti-lambakan dalam bentuk...
Read MoreTag Archives: emerging market
June 19, 2015 , by admin2
TOKYO 3 Julai - Populariti Malaysia sebagai hab halal mula mendapat suntikan baharu berikutan minat syarikat-syarikat Jepun menggunakan syarikat dari negara ini (Malaysia) sebagai platform untuk mengeksport produk-produk halal ke negara-negara Islam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kekuatan rangkaian Malaysia dengan negara-negara Islam khasnya dari Asia Barat merupakan faktor utama menyumbang kepada minat tersebut.
”Syarikat-syarikat Jepun mengeksport produk halal khasnya dalam bidang makanan halal, farmaseutikal dan kosmetik setelah mereka mendapatkan pengiktirafan sijil halal dari Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dari kementerian yang menyertai misi dagangan Malaysia ke Jepun yang berakhir hari ini, di sini.
Mustapa menjelaskan, kebanyakan syarikat-syarikat Jepun itu menggunakan kandungan dan ramuan yang mendapat pengiktirafan daripada Malaysia di dalam...
Read MoreJune 17, 2015 , by admin2
Eksport Malaysia meningkat 12.3 peratus kepada RM58.91 bilion pada Februari tahun ini berbanding bulan yang sama tahun lalu.
Import pula meningkat 9.5 peratus kepada RM48.48 bilion, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
MITI berkata, negara mencatat peningkatan lebihan dagangan sebanyak 27.2 peratus kepada RM10.44 bilion pada Februari.
Pada bulan dikaji juga, jumlah perdagangan Malaysia meningkat 11 peratus kepada RM107.39 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu, didorong pertumbuhan lebih tinggi dalam eksport berbanding import.
Perdagangan yang tinggi dicatatkan dengan Singapura meningkat RM2.28 bilion, China (RM1.73 bilion), Jepun (RM1.2 bilion), Arab Saudi (RM919.1 juta), Taiwan (RM793.8 juta), Jerman (RM760.6 juta), Emiriyah Arab Bersatu (RM742.5 juta) dan Amerika Syarikat (RM726.7 juta).
Negara ASEAN
Eksport ke negara ASEAN meningkat 5.7 peratus kepada RM15.97 bilion, menyumbang 27.1 peratus...
Read MoreJune 12, 2015 , by admin2
Kuala Lumpur: Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) menjangkakan Agenda Perbangunan Doha atau Perbincangan Doha dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat apabila ahlinya mula menunjukkan keterbukaan untuk menerima isi kandungan dalam perbincangan itu yang tertangguh sejak 2008 di Doha.
WTO yang dianggotai 161 negara termasuk Malaysia antara ahli yang terbabit dalam Agenda Pembangunan Doha bagi membincangkan pelbagai isu dagangan antarabangsa antaranya akses pasaran, perundangan WTO, isu pembangunan, kemudahan dagangan dan perkara lain. Namun, ia ditangguhkan pada 2008 apabila terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui ahlinya.
Ketua Pengarahnya, Roberto Azevedo berkata, sikap keterbukaan yang semakin baik dan meningkat dalam kalangan negara ahli membolehkan beberapa perkara tidak dipersetujui dapat dimuktamadkan.
Beliau berkata, namun, jangkaan tempoh masa atau sasaran untuk memuktamadkan agenda itu tidak dapat diunjurkan buat masa ini.
“Sejak saya menyertai organisasi ini... Read More

770 Views