
Davos, 26 Jan - Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi hos dialog pagi Malaysia kepada 20 ahli korporat, pemimpin kerajaan dan media yang telah diadakan di samping mesyuarat Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2012 di Davos. Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional turut menyampaikan ucapan semasa dialog tersebut.
Dalam ucapannya, Dato’ Sri Mustapa Mohamed menekankan mengenai daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama kepada pelabur asing, khususnya bagi syarikat-syarikat berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan. Beliau juga menyatakan bahawa persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia telah melahirkan banyak syarikat berdaya saing di peringkat global seperti Petronas, Air Asia, Axiata, Maybank, CIMB dan Integrated Healthcare Berhad. Dato’ Sri Mustapa Mohamed turut menerangkan mengenai transformasi yang sedang dilalui Malaysia yang akan menjadikan negara ini lebih terbuka untuk...
Read More