Tag Archives: investmen
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan akan memberi tumpuan khusus terhadap beberapa wilayah seperti di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah dengan melaksanakan empat inisiatif bagi meningkatkan pelaburan luar ke negeri terbabit pada tahun ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembangunan enam koridor di negara itu sememangnya menyediakan insentif yang baik, tetapi masih belum mencukupi untuk menarik keyakinan pelabur luar.
Katanya, antara inisiatif yang akan diperkenalkan termasuklah menyediakan elaun modal sebanyak 200 peratus bagi perbelanjaan automasi untuk menggalakkan sektor tersebut terutamanya industri berasaskan buruh dan pakej insentif khusus untuk kawasan kurang membangun.
Selain itu, ujar beliau, kerajaan turut menyediakan insentif cukai bagi hab utama dalam pelaburan inovasi dan teknologi untuk mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, lima tahun pengecualian cukai bagi mengurus, mengekalkan dan...