
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed secara rasmi menyertai komuniti maya apabila melancarkan Facebooknya - usaha terbaik mendampingi rakyat dengan berkongsi idea dan pandangan. Facebook Mustapa mula diaktifkan sejak 21 Disember 2009 dan sejak dua bulan lalu telah mempunyai seramai 669 peminat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk dari luar negara.
Pelancaran laman sosial itu diadakan dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Kelantan sekitar Lembah Klang di kediaman beliau di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Selain Facebook yang baru dilancarkan itu, beliau turut mempunyai medium komunikasi maya lain seperti laman web UMNO Jeli, www.umnojeli.net dan laman komuniti Jeli, Kelantan, www.jeli.my yang juga boleh diakses secara talian oleh orang ramai.
Mustapa melihat penggunaan media sosial...
Read More