Transforming Industry

Kenyataan Media : Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) Untuk Bahan Binaan Terpilih

Industri pembinaan pada masa kini berdepan dengan peningkatan persaingan daripada aktiviti import bahan binaan yang berstandard rendah. Bahan binaan yang tidak mematuhi standard dan piawaian ini akan memudaratkan keselamatan pengguna dan pembangunan industri tempatan.

Dalam usaha untuk melindungi imej industri pembinaan dalam negara dan memastikan bahawa bahan binaan yang dijual di Malaysia adalah berkualiti tinggi, pihak Kerajaan telah mengenakan standard mandatori bagi import bahan-bahan binaan terpilih yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada bulan Februari 2014.

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah diwartakan pada 18 November 2013. Tempoh lebih dua (2) bulan dari tarikh pewartaan telah diberikan sebagai grace period bagi memastikan industri bersedia mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Perintah Kastam. Sebanyak 10 jenis bahan binaan telah dikenalpasti untuk dikenakan syarat Certificate of Approval (COA) di dalam pindaan baru kepada Perintah Kastam ini.

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) bagi Bahan Binaan Terpilih

Pelaksanaan standard mandatori ke atas bahan binaan adalah untuk memastikan bahan yang digunakan dalam industri pembinaan memenuhi keperluan kualiti dan keselamatan serta membantu untuk melindungi negara daripada menjadi pusat lambakan import bagi bahan binaan berkualiti rendah.

Program Kesedaran

Satu siri program kesedaran akan diadakan di seluruh negara antara Disember 2013 hingga Januari 2014. Program-program ini akan melibatkan persatuan-persatuan pengimport, pemaju-pemaju hartanah dan kontraktor, freight forwarders , pihak berkuasa pelabuhan, pengeluar tempatan dan peniaga di seluruh negara yang terlibat dalam proses pembuatan, jualan dan penggunaan bahan-bahan binaan terpilih. Di bawah adalah butiran terperinci roadshow-roadshow tersebut:

ZON

TEMPAT

TARIKH

Tengah

CIDB Convention Centre KL

4 Disember 2013

(Rabu)

Selatan

Dewan MPC, Johor

16 Disember 2013

(Isnin)

Utara

Dewan MPC, Penang

19 Disember 2013

(Khamis)

Timur Laut

Kelantan/Pahang

(tbc)

9 Januari 2014

(Isnin)

Sabah

Dewan SUP, Sabah

20 Januari 2014

(Isnin)

Sarawak

Dewan MPC, Sarawak

22 Januari 2014

(Rabu)

 

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
18 November 2013


Last Updated 2015-06-01 10:51:10 by admin2

  •  
  • Print
  • Email this page