MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
Apa itu MBJ?
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
Penubuhan MBJ
Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.
Bidang dan Fungsi
Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. MBJ berfungsi sebagai tempat menyalurkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pegawai dan kakitangan MITI berkaitan persekitaran kerja melalui wakil-wakil yang dilantik dari setiap kumpulan untuk disampaikan kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.
Objektif MBJ
- Memperolehi kerjasama yang menyeluruh di antara Pihak Kementerian dengan Pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja berkenaan;
- Mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja;
- Mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Kementerian.
Faedah MBJ
Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.
Muat Turun
RUJUKAN JPA : JPA.600-22/2/289(8)
TARIKH KELULUSAN : 15 JANUARI 2024
PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI (MITI)
NO MBJ:1400001
1. KEAHLIAN
1.1 Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) (selepas ini disebut sebagai “Majlis”) hendaklah mengandungi tiga puluh dua (32) orang ahli secara keseluruhannya termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada Ketua Setiausaha MITI selaku Pengerusi dan sepuluh (10) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Setiausaha MITI (selepas daripada ini disebut sebagai “Pihak Pegawai”) dan dua puluh satu (21) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat MITI (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pekerja”).
2. PIHAK PEGAWAI
2.1 Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di MITI seperti berikut:
- Ketua Setiausaha MITI
- Pengerusi
- Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pelaburan)
- Ahli
- Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan
- Ahli
- Pengarah Pentadbiran
- Ahli
- Pengarah Kewangan
- Ahli
- Pengarah Pengurusan Sumber Manusia
- Ahli
- Pengarah Pengurusan Maklumat
- Ahli
- Ketua Unit Audit Dalam
- Ahli
- Ketua Unit Integriti
- Ahli
- Ketua Unit Komunikasi Korporat
- Ahli
- Ketua Penolong Pengarah (Cawangan Pengurusan Kualiti dan Inovasi)
- Setiausaha
2.2 Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing dan tiada had tempoh memegang jawatan di dalam Majlis.
3. PIHAK PEKERJA
3.1 Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di MITI, Gred 48 dan ke bawah, tidak terlibat dalam membuat keputusan, bukan merupakan Pengarah Kanan/ Pengarah Jabatan/Unit dan dipilih oleh pekerja-pekerja itu sendiri. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja dalam MITI dan diluluskan oleh Ketua Setiausaha MITI. Ahli-ahli Pihak Pekerja adalah seperti berikut:
- Wakil Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48
- 1 orang
- Wakil Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41-44
- 1 orang
- Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat
- 1 orang
- Wakil Jawatan Kader (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
- 1 orang
- Wakil Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir
- 1 orang
- Wakil Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- 1 orang
- Wakil Skim Perkhidmatan Setiausaha Pejabat
- 1 orang
- Wakil Jawatan Kader (Kumpulan Pelaksana)
- 1 orang
- Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir
- 2 orang
- Wakil Skim Perkhidmatan Pengawal Keselamatan
- 1 orang
- Wakil Skim Perkhidmatan Pemandu
- 1 orang
- Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi
- 1 orang
- Wakil Pejabat MITI Wilayah
- 7 orang
- Wakil Kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU)
- 1 orang
3.2 Pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Pihak Pekerja adalah dibuat dari kalangan ahli-ahli Pihak Pekerja yang dipilih dan pemilihan itu hendaklah dibuat oleh Pihak Pekerja sendiri tanpa campur tangan dari Pihak Pengurusan. Pengerusi Pihak Pekerja akan menjadi Naib Pengerusi kepada MBJ manakala Setiausaha Pihak Pekerja akan menjadi Setiausaha Bersama.3.3 Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada kumpulan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri.3.4 Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/ dipilih.
4. PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS
4.1 Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada ahli yang dipilih dan menjadi Pengerusi Ahli Pihak Pekerja. Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja menjadi Setiausaha Bersama bagi Majlis.
5. TUJUAN
5.1 Tujuan Majlis adalah :
- untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara MITI dengan pegawai-pegawai yang bergaji di MITI dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja berkenaan;
- untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi MITI.
6. BIDANG DAN FUNGSI
6.1 Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut:
- membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan;
- membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka jalankan;
- menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai jabatan; dan
- mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi MITI serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
7. MESYUARAT-MESYUARAT
7.1 Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan tiga (3) kali setahun, iaitu sekali dalam tempoh empat (4) bulan.7.2 Kuorum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% iaitu enam (6) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% iaitu sebelas (11) orang ahli Pihak Pekerja.7.3 Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda, hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi Majlis.7.4 Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai Mjalis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat berkenaan.7.5 Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.7.6 Minit Mesyuarat MBJ hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja.
8. KEPUTUSAN
8.1 Segala keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan bersama di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja.8.2 Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan- Jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan, bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh MITI. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan jabatan-jabatan lain ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun jabatan-jabatan yang berkenaan.
9. PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN
9.1 Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pegawai dan 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.
Wakil Sesi 2023-2025
Wakil Sesi 2021-2023
MESYUARAT MBJ
RINGKASAN MATRIKS BAGI USUL MBJ MULAI TAHUN 2020 HINGGA 2023
BIL |
KOMPONEN |
2020 |
2021 |
2022 |
2023 |
2024 |
|||||
Pra |
MBJ |
Pra |
MBJ |
Pra |
MBJ |
Pra |
MBJ |
Pra |
MBJ |
||
1. |
Kewangan dan kemudahan |
2 |
2 |
1 |
0 |
0 |
0 |
1 |
1 |
0 |
0 |
2. |
Pentadbiran |
17 |
19 |
15 |
5 |
17 |
0 |
9 |
6 |
3 |
1 |
3. |
Sumber Manusia |
4 |
8 |
5 |
1 |
0 |
4 |
2 |
7 |
6 |
8 |
4. |
Kebajikan |
0 |
1 |
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
3 |
3 |
1 |
5. |
Inovasi dan produktiviti |
1 |
1 |
4 |
0 |
0 |
0 |
0 |
2 |
1 |
1 |
6. |
Lain-lain |
11 |
4 |
8 |
3 |
10 |
1 |
3 |
11 |
1 |
1 |
|
Jumlah |
36 |
35 |
33 |
9 |
27 |
5 |
15 |
30 |
14 |
12 |