Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
MITI's Portal
 
 

   Events

Y-Biz Challenge 2018 & ‘MySMEBank’ Untuk Usahawan

Note : This content is not available in English.

SME Bank telah mengadakan dua pelancaran serentak iaitu bagi Program Inovasi Usahawan Muda ‘SME Bank Y-Biz Challenge 2018’ khusus untuk usahawan belia dan Sistem Atas Talian ‘MySMEBank’ yang disediakan untuk  usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Seiring dengan era digital yang menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk menuju ke arah globalisasi, SME Bank telah mengorak langkah dengan mendigitalkan program SME Bank Y-Biz Challenge 2018 secara atas talian bagi memudahkan para pelajar, guru dan pihak sekolah untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan ini. Program ini bertujuan untuk memupuk minat terhadap bidang keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah. Pendaftaran atas talian yang dibuka sejak 15 Disember 2017 telah menerima sambutan  yang memberangsangkan. Sebanyak 50% penyertaan daripada 118 buah sekolah yang mendaftar adalah dari sekolah yang baharu pertama kali menyertai pertandingan ini.

Usaha SME Bank untuk memastikan pelanggan dapat memohon pembiayaan dengan mudah pada bila-bila masa di mana sahaja telah direalisasikan  dengan pelancaran sistem atas talian ‘MySMEBank’. Ciri utama ‘MySMEBank’ adalah ia dapat memendekkan jangka masa proses permohonan kepada hanya 14 hari dengan mengurangkan 41% langkah kerana proses permohonan hingga pembiayaan dilakukan atas talian.  Sejak soft launch pada 2 Februari 2018, seramai 100 orang usahawan telah mendaftar dalam sistem ini dan sembilan (9) pemohonan pembiayaan berserta dokumen yang lengkap telah diterima.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed hadir dan telah melancarkan Program Y-Biz Challenge dan ‘MySMEBank’ hari ini.

image

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI, YBhg. Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi SME Bank dan YBhg. Dato’ Razman Mohd Noor, Ketua Pegawai Operasi, Operasi dan Pengurusan Korporat Kumpulan SME Bank merasmikan Majlis Pelancaran SME Bank Y-Biz Challenge 2018 & ‘MySMEBank’

image

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI bergambar bersama Pengurusan Tertinggi SME Bank, Pegawai JPN, guru-guru dan pelajar sekolah.

April

March

  1. Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB2018) [March 30 - 31, 2018]

  2. Program CSR MITI - Kiaramas Musical Camp [March 31, 2018]

  3. Anugerah Media MITI 2018 (#AMM2018) [March 28, 2018]

  4. The Launch of the Malaysia-Brazil Business Council [March 27, 2018]

  5. Karnival Jelajah Usahawan MITI Dan Agensi 2018, Wilayah Johor Selatan, Dataran Dato' Jalok, Benut, Pontian, Johor. [March 23 - 25, 2018]

  6. The Strategic Trade Act (STA) (Amendment) 2017 Townhall - Southern Region [March 19, 2018]

  7. Groundbreaking Ceremony for Senior Space Aerospace Facility [March 13, 2018]

  8. Majlis Perasmian Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 5.0 Peringkat Kebangsaan 2018 [March 11, 2018]

  9. Signing of the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) [March 09, 2018]

  10. Productivity Dialogue YB Minister MITI with The Engineering Fraternity [March 08, 2018]

  11. Majlis Apresiasi Sempena Persaraan En. Muthafa Yusof, Pengarah Kanan, Bahagian Keusahawanan Bumiputera dan IKS [March 08, 2018]

  12. MITI & Agencies Networking Session to Celebrate Chinese New Year 2018 [March 06, 2018]

February

  1. Hari MITI 2018 & Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018 [February 26, 2018]

  2. Workshop On Rules Of Origin Under Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA) [February 22 - 23, 2018]

  3. Pelancaran Kempen Derma Buku [February 20, 2018]

  4. 7th Trade Policy Review of Malaysia, Geneva [February 14 - 16, 2018]

  5. Y-Biz Challenge 2018 & ‘MySMEBank’ Untuk Usahawan [February 13, 2018]

  6. Strategic Trade Act (STA) (Amendments) 2017 Townhall,Penang [February 12, 2018]

  7. Malaysia Flying High at The Singapore Airshow 2018 [February 6 - 11, 2018]

  8. MoU and MoA exchange ceremony @ Malaysia Pavilion [February 6 - 11, 2018]

  9. Sime Darby Plantation Operational and Productivity Excellence (OPEX) Summit [February 09, 2018]

  10. Seminar on the Dutch Approach to Innovation and High Tech Development) [February 08, 2018]

  11. Malaysia Digital Economy Forum 2018 #MyDEF2018 [February 08, 2018]

  12. Announcement of Malaysia's Trade Performance 2017 [February 07, 2018]

  13. Sweden - Southeast Asia Business Summit 2018 [February 06, 2018]

January


Last Updated 2018-02-14 07:29:33 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page