Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Perunding Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangunkan Enterprise Architecture (EA) MITI sebagai sokongan kepada rantaian nilai sektor pembuatan (manufacturing value chain) secara dalaman bagi memenuhi keperluan Kementerian. Pembangunan EA MITI ini didorong oleh hasrat kerajaan melalui Industry4WRD dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara untuk meningkatkan pendigitalan serta penyepaduan proses dan infrastruktur kerajaan di sepanjang manufacturing value chain. Sebanyak 15 aplikasi berkaitan manufacturing value chain terlibat dalam pembangunan EA MITI. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 11 bulan dengan penghasilan lima (5) jenis artifak EA iaitu motivation view, landscape map view, business process view, application usage view dan technology usage view.
Pembangunan EA ini berdasarkan tiga (3) peringkat manufacturing value chain iaitu Pre-Manufacturing, Manufacturing dan Post-Manufacturing. Aktiviti Pre-Manufacturing adalah aktiviti atau perkhidmatan yang memberi sokongan sebelum aktiviti pembuatan dilaksanakan. Aktiviti Manufacturing pula adalah aktiviti atau perkhidmatan yang memberi sokongan semasa aktiviti pembuatan dilaksanakan. Manakala, post-manufacturing adalah aktiviti pembuatan yang memberi sokongan selepas aktiviti pembuatan dilaksanakan.