Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
MITI's Portal
 
 

   Events

Hari MITI 2018 & Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018

Note : This content is not available in English.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama dengan agensi-agensi di bawahnya (MIDA, MATRADE, SME CORP, MPC, MIDF, SME BANK, MAI & MSI) kembali mengadakan Program Hari MITI  atau MITI Day  pada 26 Februari 2018, 8.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Menara MITI, Kuala Lumpur. 

Di awal program, ucapan aluan telah disampikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan , Timbalan Menteri (Industri) MITI dengan menyaksikan pelancaran aplikasi MySham2u yang merupakan aplikasi mudah alih bagi Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera (SPSKB) yang boleh dicapai melalui URL: https://sahamonline.miti.gov.my. Aplikasi ini merupakan satu platform kepada pelabur MITI untuk menyemak keputusan agihan saham serta mendapat maklumat tawaran terkini.

Program yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI kali ini berjaya menarik sekitar 8,000 pengunjung yang terdiri daripada kedutaan asing, usahawan, pelajar universiti yang bakal menamatkan pengajian mereka, graduan baharu, ahli-ahli Persatuan/Dewan-dewan perniagaan dan rakyat tempatan. Disaksikan juga, pelancaran i-Incentive Portal oleh YB Menteri yang merupakan portal sehenti
maklumat-maklumat mengenai insentif pelaburan yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia. https://incentives.mida.gov.my/Incentives/Modules/Public/IncentiveList.aspx

Ini adalah penganjuran kali ke-empat selepas yang pertama di adakan pada 17 Oktober 2016 di Menara MITI, diikuti pada 6 Mei 2017 di Meru, Ipoh dan 19 November 2017 di Kota Bharu, Kelantan.  Mengetengahkan tema kejayaan Sektor Perkhidmatan di Malaysia dengan membawa #MyServices4ward dan #mitiday, program Hari MITI yang berkonsepkan hari terbuka dan mesra rakyat ini bertujuan untuk meningkatkan  kesedaran masyarakat tentang peranan dan fungsi MITI serta agensi-agensi di bawah MITI.

Hari MITI 2018 dibahagikan kepada empat (4) konsep utama iaitu Konsep Seranta (Outreach), Keusahawanan, Peluang Pekerjaan dan Pembangunan Sektor Perkhidmatan. Secara ringkas pengisian program HARI MITI 2018 adalah seperti berikut:-

Seranta (Outreach)

  1. PavilionMITI & Agensi;
  2. Pameran Automotif oleh MAI;
  3. SafeCar@MITI oleh MAI;
  4. Program Catur Bestari oleh SME Bank dan JCorp.
  5. Sesi Simulasi Rundingan  oleh PUSPANITA MITI


Peluang Pekerjaan

  1. Pameran Kerjaya & Sesi Temuduga Terbuka oleh MIDA;
  2. Resource Management in Automotive Sector oleh MAI.


Keusahawanan

  1. Kapsul Usahawan & Sahamoleh Bahagian Keusahawanan Bumiputera & PKSMITI;
  2. Taklimat ‘Boost Application’ oleh Axiata.;
  3. Passage to International Business: #SrikandiGlobal oleh MATRADE;
  4. Enterprise Improvement Programme - “Lebih Cekap, Lebih Jimat” oleh MPC;
  5. MIDF Tea Talk “Industrial Revolution - Aspiration and Reality” oleh MIDF.


Pembangunan Sektor Perkhidmatan

  1. Pameran Perkhidmatan & PKS
  2. Bual Bicara Industri Kreatif bersama Selebriti oleh MITI;
  3. Sesi Perbincangan Panel Utama Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018 bersama YB Menteri oleh MITI.


30 syarikat multinasional dan syarikat tempatan terlibat dalam program Pameran Kerjaya dan Sesi Temuduga Terbuka anjuran MIDA. Antara syarikat yang menyertai pameran ialah YCH Logistics, Sony EMCS dan Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd. Diakhir pameran, sebanyak 581 daripada 3,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan telah diisi mengikut pecahan 406 (kategori Eksekutif, professional dan teknikal), 116 (kategori Juruteknik dan Craftmanship) dan 59 (kategori operator pengeluaran). 

Kemunculan selebriti  jemputan  iaitu Pok Ya Cong Codei @ Sabri Yunus, Naz Habibur Rahman sebagai pengacara majlis perasmian, Sherry Al-hadad sebagai pengacara di Kapsul MITI serta kehadiran Janna Nick turut memeriahkan Hari MITI 2018.

 

PERSIDANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN KEBANGSAAN 2018

Buat julung kalinya diadakan serentak dengan Hari MITI 2018 ialah Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018 (National Services Sector Summit) NSSS 2018 yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu 26 dan 27 Februari 2018.

Objektif utama penganjuran adalah untuk membincangkan trend dan peluang yang berubah, dan mencadangkan langkah-langkah untuk berdepan dengan cabaran terkini dalam memperkasakan pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan di Malaysia. Antara pengisian program adalah:-

  1. Bual Bicara Industri Kreatif bersama Selebriti yang mana mengupas topik-topik seperti pembangunan kandungan yang berkualiti, seni persembahan bagi muzik, filem dan drama, reka bentuk dan animasi dan juga aspek pengiklanan.  Para panelis jemputan  adalah Mr. Wan Hazmer (CEO, Metronomik Studio); Mr. Edmund Chan (Pengarah Urusan, Animasia Studios); dan YBhg. Datin Paduka Shuhaimi Baba  (Pengarah Urusan, Pesona Pictures Sdn. Bhd.) dan moderator ialah YBhg. Datuk Dr. Hafsah Hashim (CEO, SME Corp.)
  2. Sesi Perbincangan Panel Utama Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018
  3. Perbincangan panel mengenai aktiviti penelenggaraan, pembaikan dan baik pulih dalam industri Perkapalan dan Industri Keretapi.
  4. Sesi Perbincangan Digital Innovation in Global Business Services.


Penganjuran Persidangan tersebut adalah sejajar dengan kejayaan sektor perkhidmatan sebagai pemacu utama ekonomi negara. 60 pempamer dari sektor perkhidmatan terlibat dalam pameran (booth) Hari MITI 2018 kali ini yang antaranya ialah Royale Chesterfield, IBM, Trinity 3D, DHL, Movie Animation Park Studios (MAPS), KPJ Healthcare dan Muhibbah Engineering Berhad. 

 

April

March

  1. Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB2018) [March 30 - 31, 2018]

  2. Program CSR MITI - Kiaramas Musical Camp [March 31, 2018]

  3. Anugerah Media MITI 2018 (#AMM2018) [March 28, 2018]

  4. The Launch of the Malaysia-Brazil Business Council [March 27, 2018]

  5. Karnival Jelajah Usahawan MITI Dan Agensi 2018, Wilayah Johor Selatan, Dataran Dato' Jalok, Benut, Pontian, Johor. [March 23 - 25, 2018]

  6. The Strategic Trade Act (STA) (Amendment) 2017 Townhall - Southern Region [March 19, 2018]

  7. Groundbreaking Ceremony for Senior Space Aerospace Facility [March 13, 2018]

  8. Majlis Perasmian Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 5.0 Peringkat Kebangsaan 2018 [March 11, 2018]

  9. Signing of the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) [March 09, 2018]

  10. Productivity Dialogue YB Minister MITI with The Engineering Fraternity [March 08, 2018]

  11. Majlis Apresiasi Sempena Persaraan En. Muthafa Yusof, Pengarah Kanan, Bahagian Keusahawanan Bumiputera dan IKS [March 08, 2018]

  12. MITI & Agencies Networking Session to Celebrate Chinese New Year 2018 [March 06, 2018]

February

  1. Hari MITI 2018 & Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018 [February 26, 2018]

  2. Workshop On Rules Of Origin Under Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA) [February 22 - 23, 2018]

  3. Pelancaran Kempen Derma Buku [February 20, 2018]

  4. 7th Trade Policy Review of Malaysia, Geneva [February 14 - 16, 2018]

  5. Y-Biz Challenge 2018 & ‘MySMEBank’ Untuk Usahawan [February 13, 2018]

  6. Strategic Trade Act (STA) (Amendments) 2017 Townhall,Penang [February 12, 2018]

  7. Malaysia Flying High at The Singapore Airshow 2018 [February 6 - 11, 2018]

  8. MoU and MoA exchange ceremony @ Malaysia Pavilion [February 6 - 11, 2018]

  9. Sime Darby Plantation Operational and Productivity Excellence (OPEX) Summit [February 09, 2018]

  10. Seminar on the Dutch Approach to Innovation and High Tech Development) [February 08, 2018]

  11. Malaysia Digital Economy Forum 2018 #MyDEF2018 [February 08, 2018]

  12. Announcement of Malaysia's Trade Performance 2017 [February 07, 2018]

  13. Sweden - Southeast Asia Business Summit 2018 [February 06, 2018]

January


Last Updated 2018-03-01 11:40:07 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page